
Di atas masej propaganda bohong yang sedang disebarkan oleh laskar Warisan. Masej yang tidak ada kebenarannya sebaliknya yang berlaku, kerajaan Warisan sebelum ini gagal membuat walau sedikit anjakan kepada negeri dan rakyat Sabah.
Masej bohong bagi tujuan mengelirukan orang kampung seperti diatas adalah perbuatan yang tidak bertamadun.
Jelas ia berniat jahat, cuba menggambarkan seolah kerajaan Warisan lebih baik dari kerajaan negeri GRS. Walhal tiada satupun usaha mereka ke arah itu yang boleh dibanggakan.
Sedangkan dua tahun adalah tempoh yang cukup lama dan banyak pembaharuan yang dilaksanakan oleh kerajaan Warisan jika mereka benar benar kompeten bekerja untuk rakyat Sabah.
Tidak usahlah kita menuntut sesuatu yang besar yang mereka jadikan propaganda Sabah Ubah sebelum ini. Seperti menunaikan janji berhubung Perjanjian Malaysia 1963. Tapi cukup kita tuntut perlaksanaan diperingkat kampung kampung.
Ambi contoh janji untuk membina rumah rumah mangsa kebakaran di Sandakan dan Semporna. Janji sekecil ini pun tidak mampu Shafie Apdal selaku Ketua Menteri tunaikan.
Pokoknya Warisan yang pernah menjadi kerajaan negeri Sabah selama lebih dua tahun, namun gagal membuat perubahan atau gagal menangani isu yang mereka bangkitkan hari ini.
Tapi kamu baca isu yang dibangkitkan setelah Warisan menjadi pembankang. Macam pihak yang pernah mencatat kejayaan dan kejayaan mereka dinafikan oleh orang lain. Haram jadah betullah!
Pada puak puak ini apa yang penting parti Warisan menjadi kerajaan supaya senang membolot kelebihan seperti yang mereka lakukan semasa Shafie Apdal mengetuai Kementerian KKLW. Adapun kesusahan yang dihadapi oleh masyarakat Sabah biar kerajaan persekutuan yang menyelesaikannya, nanti mereka cipta naratif tolol kononnya kerajaan negeri tidak boleh menonggak arus kerajaan pusat.
Kerajaan Warisan pernah berjanji akan membaiki jalan raya, namun dalam tempoh setahun lebih tidak ada yang berlaku. Nasib baiklah kerajaan Warisan tumbang, barulah kerajaan GRS segera membaiki jalan raya rosak yang dibaiki secara besar besaran.
Macam mana konok wang yang telah dikutip dari rakyat melalui bil bil diurus oleh kerajaan negeri?
Seruan paling bodoh, macam orang yang tidak pernah hidup dalam negara yang diurus secara undang undang atau peraturan. Padan pun puak ni dipanggil puak bodoh dan sebenarnya bekas pendatang oleh kawan kawan dari kalangan Bajau Suluk.
Kenapa pemimpin dan macai Warisan tidak tahu ke untuk menghidupkan sebuah negeri ia perlu diurus dengan wang ringgit yang dipanggil kos operasi. Dalam masa yang sama kerajaan negeri wajib menambah rizab kewangan negeri, untuk persediaan di masa hadapan. Selain memudahkan kerajaan negeri membuat pinjaman jika perlu.
Kos operasi itu termasuklah mengaji kakitangan awam yang menjadi tempat macai macai Warisan berurusan.
Semasa kerajaan Warisan, tidak ada pembaikan prasarana maka sepatutnya mampu menambah rizab kerajaan negeri? berapa banyak? Ke hilang tidak berkesan?
Mereka kata kerajaan Warisan telah berjaya membawa pelabur luar negara tapi menarik diri bila kerajaan Warisan tumbang.
Pelabur dari mana yang berjaya dibawa oleh kerajaan Warisan tetapi menarik diri tu? saya tidak nampak ada pelabur sebodoh itu yang tidak boleh menilai kerajaan negeri mana yang stabil dan boleh membawa keuntungan pada mereka.
Kerajaan yang berpotensi semestinya kerajaan yang bernasib baik, seperti juga nasib manusia ada yang kurang baik begitu pula sebaliknya. Dan kerajaan Warisan adalah kerajaan yang tidak bernasib baik akibat di kelilingi oleh orang orang tidak kompeten dan niat mereka yang tidak benar. Sebab itulah gagal memikul tanggungjawab yang diamanahkan menyebabkan rakyat Sabah sedar dan bangkit menumbangkan kerajaan Warisan pada PRN 2020.
Kononnya lagi kerajaan negeri GRS umum juta juta tapi banyak keperluan mendesak yang tidak diselesaikan.
Keperluan mendesak yang mana satu ni, keadaan jalan raya yang teruk ke? hakikatnya jalan raya teruk berlaku dalam kerajaan Warisan sebab itulah kerajaan Warisan berjanji akan membaikinya. Tapi janji tinggal janji, masa dua atau setahun lebih yang berbaki tidak digunakan untuk membaiki jalan jalan rosak yang dijanjikan.
Pembaikan jalan raya utama di Telupid, Kinabatangan dan Sandakan dilakukan oleh kerajaan negeri GRS. Ada yang boleh menafikan fakta ini?
Kerajaan Warisan, bukan hanya gagal membaiki jalan jalan di Sabah. Malah kerajaan Warisan jugalah menghentikan projek jalan raya Pan Borneo. Ada yang berani menafikan fakta ini?
Untuk makluman mangkuk Warisan sehingga hari ini kerajaan negeri telah membelanjakan sebanyak RM200 juta bagi membaiki dan menambah prasarana di kawasan atau DUN yang telah dikenal pasti.
Yang tidak dirasa ada perubahan ialah sudah tentulah di kawasan yang diwakili pembangkang Warisan dan UMNO.
Begitu tegar menyebarkan propaganda bohong seperti itu, seolah-olah berpengaruh sangat. Walhal tanpa pemimpin Bajau Suluk yang membawa Warisan, satu sen puak itu tidak ada nilai dalam politik.
Hakikatnya jangankan dari konteks negeri dan rakyat Sabah telah berjaya dimajukan oleh kerajaan Warisan. Hanya menunaikan janji yang telah dijanjikan oleh pemimpin dan calon Warisan semasa PRU 2018 boleh dikatakan tidak ada yang berjaya ditunaikan.
Rumah rumah mangsa kebakaran di Sandakan dan Semporna yang di janjikan oleh Warisan, sampai Warisan tumbang satu batang tiang pun tidak kelihatan.
Kilang minyak masak dibuat semasa kerajaan Warisan? Itupun rugi.
RM300 juta kepada Air Asia. Apa manfaatnya?
Mau KDMR pro Warisan kena bodoh bodoh. Padan pun sampai sudah mereka hanya menjadi alat politik. Era KKLW apa kemajuan yang telah dikecapi oleh KDMR KDMR ini?






















Leave a Reply