Laporan Polis Telah dibuat Ke Atas Badut Warisan Yang Memfitnah Reza Hajiji

Inilah fitnah terdahsyat yang saya maksudkan baru sebentar tadi di akaun Facebook.

Fitnah yang sangat jahat hingga kita dapat bayangkan, hanya orang yang berperangai dajal iaitu sering kantoi membohong dan memfitnah yang sanggup melakukannya.

Dan kita tahu pihak yang sering kantoi membohong dan memfitnah kerajaan GRS adalah badut badut Warisan.

Mereka sedar berita Perdana yang mengaitkan kartel dadah dengan orang politikย  benar benar telah menutup hati rakyat untuk menyokong parti Warisan. Oleh keranaย  itulah badut badut Warisan membalas dengan menyebarkan fitnah sekalipun fitnah itu tidak berasas sama sekali.

Kalau si Aziz yang dikaitkan dengan kartel dadah syabu ia ada benarnya dan boleh diterima akal. Memandangkan si Aziz waktu itu berjawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri dan banyak gambar mereka bersama Ketua kartel Dadah.

Berita yang mendakwa Kepimpinan Warisan terlibat dengan Ketua kartel dadah bukannya berita baru. Berita ini telah tularย  sejak satu atau dua tahun yang lepas. Hanya baru baru ini timbul balik setelah pihak Polis atau Timbalan Ketua Polis Negara mengumumkan kepada media tentang kejayaan mereka menangkap Ketua dadah Sabah bersama sepuluh orang yang lain.

Kalau Reza Hajiji yang dikaitkan dengan kartel dadah dimana logiknya. Reza bukan ada jawatan dalam kerajaan yang boleh gunakan untuk melepaskan atau membebaskan kartel dadah.

Oleh kerana itu adik Reza Hajiji telah tampil membuat laporan Polis.

Betul katanya, berihat kamu wahai badut badut Warisan.

Saya juga menerima kenyataan yang memfitnah anak Ketua Menteri Sabah Reza Hajiji.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya mewakili abang saya Mohammad Reza Hajiji menafikan fitnah yang di lemparkan kepada beliau. Kami mengecam keras perbuatan ini kerana menjejaskan nama baik abang saya dan keluarga kami. Kami menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengenal pasti individu atau kumpulan yang menyebarkan fitnah ini.

Kalau tiada modal jangan buat cerita. Berhenti menyebarkan fitnah. Tidak guna di luar suci tapi di hati busuk.

Berihat kamu

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading