Tahniah GRS Empat Pakej Pan Borneo Fasa 1 Siap

Kredit yang buat infografik ini.

Akhirnya projek Pan Borneo yang dihentikan atau ditangguhkan selama dua tahun lebih oleh kerajaan Warisan. Atas alasan kononnya untuk menjimatkan kos adalah alasan yang tidak logik jika kita merujuk sejarah Kementerian KKLW sebelum ini.

Hakikatnya terpaksa dihentikan bagi membolehkan kontraktor Pan Borneo diganti dengan kroni kerajaan Warisan.

Hari ini kerajaan GRS berjaya menyiapkan empat pakej Lebuh Raya Pan Borneo Fasa 1. Alhamdulillah.

Seandainya Warisan tidak berkesempatan menjadi kerajaan negeri Sabah. Nescaya projek Pan Borneo telah beralih ke fasa 2.

Si Aziz Jamman Berbohong Lagi Tidak Akun Warisan Yang Hentikan Projek Pan Borneo 2018

𝗧𝗮𝗵𝗻𝗶𝗮𝗵 𝗚𝗥𝗦! 𝗚𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵! Sebanyak empat pakej kerja Fasa 1 Lebuhraya Pan Borneo siap setakat 31 Disember 2023.

Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, empat pakej tersebut adalah Jalan Papar – Donggongon, Jalan Tawau – Semporna, Lahad Datu bypass dan Jalan Kampung Lot M – Batu 32 Sandakan.

“Manakala, 11 lagi pakej kerja masih dalam pembinaan, lima dalam proses perolehan dan 15 pakej kerja akan mula dilaksanakan di bawah Fasa 1B.

“Projek Lebuhraya Pan Borneo yang melibatkan jarak sejauh 1,236km itu dilaksanakan dalam tiga fasa iaitu Fasa 1 melibatkan laluan Sindumin – Kota Kinabalu – Kudat, Ranau – Batu 32 Sandakan, Batu 32 Sandakan – Tawau, Fasa 2 Tamparuli – Ranau dan Fasa 3 Tawau – Kalabakan – Keningau – Kimanis,” ujarnya kepada media selepas sesi taklimat oleh Timbalan Pengarah, Sektor Lebuhraya Pan Borneo Jabatan Kerja Raya Sabah, Mohd Samsul Nizam Abdul Wahid di sini, pada Khamis.

Sumber.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading