UMS Jawab Tuduhan Fitnah Badut Badut Warisan – Peruntukan RM3 Juta Urus Air

Kalau ada yang belum maklum tentang bagaimana peruntukan RM3 juta menjadi bahan politik di Sabah.

Nah yang mengangkatnya menjadi  cerita bohong hingga menjadi polemik adalah penyokong atau badut Warisan.  Kononnya peruntukan RM3 juta yang diumumkan oleh Perdana Menteri Anwar semasa kunjungannya ke UMS tahun lepas, telah di seleweng oleh kerajaan negeri.

Kata badut badut Warisang Perdana Menteri Anwar telah menyalurkan RM3 juta  ke kerajaan negeri Sabah sebelum digunakan untuk mengurus krisis air di UMS.

Tujuan  badut badut Warisan dan UMNO Sabah memfitnah kerajaan negeri GRS supaya rakyat Sabah tidak lagi menyokong GRS itu sendiri.  

Tapi namanya yang difitnah tidak akan gentar dan terkesan, sebab akhirnya juga kebenaran akan terbongkar.  

Justeru itu secara tidak langsung pentadbiran  UMS telah menjawab tuduhan badut pembangkang, Warian dan UMNO. Baca kenyataan dibawah.

Sebelum itu, siapa Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi yang dilantik pada Disember 2022? Yusof Apdal. Lalu kenapa badut Warisan tidak mengaitkan isu air UMS dengan dia?


PETALING JAYA: Peruntukan RM3 juta untuk menyelesaikan masalah bekalan air Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah digunakan untuk membina enam telaga tiub dan memasang enam sistem paip.

Naib Canselor Kasim Mansor berkata, satu telaga tiub dan satu sistem paip sudah digunakan, menghasilkan 150,000 liter air sehari.

ADVERTISING
Institut pengajian tinggi itu memerlukan lima juta liter air sehari.

Kasim berkata, baki telaga dan sistem paip akan beroperasi menjelang Mac.

“Telaga-telaga tiub dan sistem paip ini bertujuan membekalkan air kepada pelajar yang tinggal di (asrama) universiti,” katanya, lapor The Daily Express.

Pada Selasa, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempersoalkan bagaimana dana yang diperuntukkan kepada UMS dibelanjakan, meminta laporan terperinci mengenai isu bekalan air di universiti itu.

Anwar berkata, beliau mendapat tahu daripada media sosial bahawa Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abdul Kadir didatangi pelajar universiti itu yang mengadu tentang bekalan air yang tidak mencukupi.

Kasim berkata, RM3 juta itu diuruskan oleh Unit Pelaksanaan Penyelarasan (ICU) bawah Jabatan Perdana Menteri, bukannya UMS.

“Kami harap orang ramai tidak membuat spekulasi tentang bagaimana (peruntukan) RM3 juta itu digunakan.

“Saya jamin, wang itu bukannya hilang atau digunakan secara tidak wajar,” katanya.

1 thoughts on “UMS Jawab Tuduhan Fitnah Badut Badut Warisan – Peruntukan RM3 Juta Urus Air

Add yours

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑