Hajiji: Kembalikan Kuasa Minyak Dan Gas Kepada Sabah Langkah Pertama Ke Arah Merealisasikan MA63

Ini baru namanya merealisasikan perjanjian Malaysia 1963 terutamanya berkaitan minyak dan gas yang keluar dari bumi Sabah.

Walhal kalau dikira PN atau hari ini GRS tidak menjadikan Perjanjian Malaysia 1963 modal politik hingga sanggup mengeluarkan kenyataan yang melampau yang telah mencetuskan rasa perkauman diantara masyarakat Sabah dan Semenanjung.

Tapi hasil minyak dan gas Sabah yang selama ini menjadi modal pihak yang cuba bertapak di Sabah, seperti parti Warisan sebelum ini. Beransur ansur diurus sendiri oleh kerajaan negeri Sabah.

Masyarakat Sabah sangat beruntung sebab kali ini dipimpin oleh Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim dan Hajiji Noor selaku Ketua Menteri Sabah. Dimana kedua pemimpin ini berkomitmen meluruskan perjanjian yang membentuk Malaysia, tanpa perjanjian 1963 Negara Malaysia tidak akan wujud. Justeru itulah hak yang sudah tertulis wajib dihormati dan diserahkan.

Bukan macam kerajaan Warisan sebelum ini. Cakap diluar kerajaan bukan main lantang, macam tin kosong. Tapi ketika berhadapan dengan Perdana Menteri Malaysia, Mahathir waktu itu. Bab kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak kepimpinan kerajaan Warisan takut mengemukan tuntutan mereka. Sampai dinasihatkan agar jangan lagi menipu orang Sabah.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memindahkan kuasa kawal selia bekalan gas ke negeri itu merupakan langkah positif untuk negeri itu merealisasikan Perjanjian Malaysia 1963. — Gambar Bernama

KOTA KINABALU, 21 Dis – Langkah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memindahkan kuasa kawal selia bekalan gas ke negeri ini merupakan langkah positif untuk negeri ini merealisasikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Mengalu-alukan keputusan itu, Hajiji berkata kuasa ke atas sumber-sumber Sabah sentiasa menjadi aspirasi negeri dan rakyatnya.

“Kerajaan negeri teguh dalam usaha kita mengawal dan menguruskan sumber minyak dan gas negeri,” katanya.

Ketua Menteri itu berkata beliau telah membangkitkan isu memenuhi MA63 semasa pertemuan pertamanya dengan Anwar selepas beliau dilantik sebagai perdana menteri.

Anwar telah mengumumkan bahawa Kabinet telah bersetuju bahawa kuasa kawal selia ke atas bekalan gas Sabah perlu dipindahkan dari Putrajaya melalui Petronas kepada kerajaan negeri.

Beliau berkata langkah itu telah pun dilakukan di Sarawak, dan kini ia akan dilakukan di Sabah juga selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Setelah diperkenankan Yang di-Pertuan Agung, Dewan Undangan Negeri akan mengadakan sidang khas untuk meluluskan dan mewartakan Rang Undang-Undang Negeri Sabah bagi bekalan gas, dan Suruhanjaya Tenaga Sabah akan mengambil alih semua kuasa kawal selia bagi bekalan gas darat (regasifikasi, penghantaran, pengedaran, penggunaan gas oleh pemegang lesen swasta dan peruncitan) di Sabah berkuat kuasa serta-merta.

Katanya, kedua-dua negeri itu meminta kerajaan persekutuan mengembalikan kawalan sumber minyak dan gas kepada kerajaan negeri.

Anwar juga berkata lebih banyak isu berkaitan MA63 telah diselesaikan dan butirannya akan diumumkan bulan depan.

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2022/12/21/hajiji-return-of-oil-and-gas-power-to-sabah-a-good-first-step-towards-realisation-of-ma63/46499#google_vignette

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading