Keputusan Mahkamah Tinggi Bebaskan Bung dan Isterinya Dicabar, Silap Haribulan Sangkut

Sepatutnya hari ini berlangsung proses rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung pembebasan Bung Mokhtar dan isterinya dari tuduhan rasuah.

Bung Mokhtar Radin terselamat buat seketika bila mana peguamnya berjaya menunjukkan yang hakim Mahkamah Tinggi belum menyediakan dokumen penghakiman bertulis berhubung pembebasan Bung Mokhtar dan isterinya dalam skandal rasuah FELCRA melibatkan RM150 juta.

Berikutan itu, Mahkamah Rayuan hari ini menetapkan satu lagi pengurusan kes pada 12 Jan iaitu penangguhan kali ketiga sejak September.

Macam ada yang tidak kena dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Bung Mokhtar dan isterinya.

Padan pun pihak pendakwaan berani mencabar keputusan Mahkamah Tinggi.

Peguam Teh See Khoon, yang mewakili Bung dan Zizie Izette Samad, mengesahkan perkara itu kerana rekod rayuan termasuk alasan bertulis hakim belum bersedia.

Timbalan Pendakwa Raya Fadly Zamry hadir bagi pihak pendakwaan.

Menurut amalan mahkamah lama, hakim perlu memberikan alasan bertulis mereka dalam tempoh lapan minggu selepas notis rayuan difailkan.

Pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan pada 19 Sept lepas, kira-kira 15 minggu lepas.

Notis rayuan itu juga difailkan kira-kira dua minggu selepas Hakim Azhar Abdul Hamid membenarkan rayuan pasangan itu pada 7 Sept lepas dalam menjalankan kuasa semakannya.

FMT difahamkan Mahkamah Rayuan juga telah menulis surat kepada Mahkamah Tinggi untuk mempercepatkan penyediaan rekod rayuan.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading