Pemberian Khas Sabah Dan Sarawak Dibuat Secara Interim, Dinaikkan Sebelum Dimuktamadkan (MA63) – PM Anwar

Kerajaan Persekutuan atau Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersetuju menaikkan kadar pemberian khas kepada Sabah menjadi RM300 juta berbanding sebelum ini hanya RM125.6 yang dibayar sejak 1969.

Dalam pada itu perundingan akan terus berjalan sehinggalah formula bayaran berasaskan perjanjian Malaysia 1963 dimuktamadkan.

Dimuktamadkan disini juga memberi makna atau menjawab tohmahan pembangkang sebelum ini dimana kononnya kerajaan Sabah, GRS telah mengetepikan royalti 40% dan digantikan kadar RM125 juta. Walhal semasa kerajaan Warisan mereka hanya menerima tambahan RM26 juta.

Tuduhan Warisan Berhubung Pemberian Royalti Minyak Tidak Berasa – Armizan

Macam bodoh kan, tapi ada hati mempersoal kerja GRS sedangkan ia jauh lebih baik dari kerajaan Warsian.

Sedikit cerita pasal Presiden Warisan semasa bersama UMNO dahulu, dia menentang cadangan pembangkang atau Anwar yang menawarkan tuntutan 20% sebagai tidak munasabah atas alasan demi kemakmuran bersama. Tapi sejak Shafie mengetuai parti Warisan segala galanya berubah, bukan hanya berubah tapi tampaknya sudah berkali kali kantoi “membohong” atas nama propaganda Warisan. Betul tak?

1 thoughts on “Pemberian Khas Sabah Dan Sarawak Dibuat Secara Interim, Dinaikkan Sebelum Dimuktamadkan (MA63) – PM Anwar

Add yours

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑