Pendedahan SPRM ke atas kakitangan awam atau penguatkuasa sebagai barisan hadapan negara.
Oleh kerana ada dikalangan penyokong pembangkang seperti Warisan yang memutar belit fakta supaya kerajaan negeri GRS dipersalahkan, walhal penguatkuasaan ini berlaku dalam kerajaan hari ini dan ia baik untuk negeri bangsa. Nah disini saya ada cerita yang berkaitan, siapa tahu yang terlibat dalam jenayah ini adalah orang orang Warisan.
Tahap korupsi anggota penguatkuasa selaku barisan hadapan dilihat semakin kronik dan membimbangkan. Mereka menyasarkan pendatang asing tanpa izin pati, pekerja dan pelajar asing di negara ini.
Menyedihkan sebab mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain. Walaupun mereka pekerja asing atau PATI tetapi mereka juga perlu dilindungi dari segi undang-undang. Jangan malah dilibatkan dengan kegiatan tidak sihat, nanti akhirnya yang rugi adalah masyarakat tempatan juga.
Selain memeras ugut untuk mendapatkan wang kerana tiada dokumen yang sah. Pendatang asing juga diperalatkan untuk menjalankan aktiviti jenayah, seperti mengedar dadah dan sebagai tekong judi haram.
Ada tu PATI dijadikan pengedar dadah pembelinya terdiri dari orang tempatan.
Sebab itu jangan hairan kalau ada kawasan yang sengaja dibiarkan bergelumang dengan pendatang asing tanpa izin dan kegiatan yang tidak sihat. Sebab pada penguatkuasaan yang tidak bertanggungjawab ia adalah lubuk wang.
Mustahil lah bha penjenayah dan pendatang asing tanpa izin berani menjual syabu dan menjadi tekong judi haram di kampung kampung atau daerah jika tidak ada pihak di belakang mereka.
Tidak hairanlah kenapa ada kalanya masyarakat tempatan dianggap bodoh dan bacul oleh penjenayah PATI.
Manalah bha masyarakat tempatan pula yang beriya iya membanteras kegiatan jenayah, ada tu ada tapi boleh dikira pakai jadi. Itu pun kalau berlaku pertelingkahan malah mereka pula yang disiasat macam penjenayah. Sebab itulah masyarakat lebih suka mendiamkan diri tapi jangan mereka lupa, yang rugi mereka juga, rugi dunia akhirat sebab dayus.
Pendedahan di atas saya ambil berdasarkan cerita masyarakat.
Dalam pada itu tidak boleh juga kesalahan 100% di tuding pada anggota keselamatan. Sebab satu ketika dahulu ada kes dimana pengedar syabu yang di cekup bersama 15 kilo syabu dilepaskan semasa kerajaan Warisan.
#SabahMajuJaya kerajaan yang hebat berusaha memberikan keharmonian pada masyarakat dari semua segi tanpa mengira status seseorang. Alhamdulillah!
Tinggalkan Jawapan