
Sejak akhir-akhir ini jika ada cerita pemimpin atau ahli meninggalkan parti mereka, pasti hanya melibatkan dua parti, kalau bukan parti UMNO dan sudah tentu parti Warisan. Dan mereka beramai ramai menyertai parti Gagasan Rakyat ataupun GRS secara umumnya
Saya katakan menarik kerana jelas berlaku kesedaran secara besar-besaran di kalangan rakyat Sabah. Tanpa mengira bangsa dan agama mereka menolak parti daripada Semenanjung khususnya parti UMNO dan fokus pada parti tempatan yang ada dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Dan saya tidak pernah mendengar ada ahli daripada parti lain menyertai Parti Warisan ataupun UMNO. Kalaupun selepas ini ada ceritanya, pasti itu hanyalah propaganda mereka. Hahaha!
Terbaru melibatkan ketua serta ahli majlis tertinggi MCA, Chew Kok Woh di mana mereka mengumumkan keluar dari MCA dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS).
Sebab kenapa mereka menyertai parti Gagasan Rakyat Sabah kerana tertarik dengan slogan Sabah Maju Jaya dibawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor. Dalam slogan Sabah Maju Jaya itu sendiri ada moto yang sinonim dengan kehidupan rakyat Sabah, seperti kita jaga kita dan sebagainya, ini juga menarik perhatian mereka.
Bukan kaleng kaleng juga slogan dan moto Sabah Maju Jaya ya. Ya benar jika ia di fikir secara murni dan ikhlas. Tidak seperti pemimpin dan penyokong pembangkang Warisan buat buat alergi pada slogan itu, walhal menangis tidak berlagu.