Kalau ini menjadi kenyataan iaitu bertentangan dengan saranan Bersih maka dari sini bermula kritikan rakyat terhadap Anwar secara terbuka dan keras.
Rakyat tahu UMNO adalah pihak yang kalah justeru tidak ada sebab kenapa mereka berkira kira ketika mengkritik UMNO begitu juga Anwar sekiranya Zahid berada dalam kabinet.
UMNO juga amat sedar mereka pihak yang kalah justeru tidak apa yang perlu dipertahankan. Jadi kalau mengkritik UMNO tu jangan ingat mereka ingin membaiki diri, tidak adanya. Tapi sertakan kecaman dan hinaan ke atas mereka.
Lafaz sumpah pemimpin UMNO kerana Allah saja mereka boleh gelakkan dan boleh lagi mereka nafikan, inikan sekadar kritikan yang ditujukan kepada parti UMNO yang tidak ada kemampuan merasa dan bersedih.
Bayangkan kiranya UMNO menang dalam pilihan raya umum 15 baru baru. Kamu ingat apa boleh kamu menasihati mereka dan minta dikasihani, kamu siapa oh, Tuhan pun dibohongi melalui sumpah mubahalah.
Bersih dan rakyat tidak mahu Zahid sertai kabinet apa lagi sebagai perdana menteri Malaysia.
SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diingatkan supaya tidak melantik mana-mana individu yang mempunyai kes mahkamah sebagai anggota kabinet hanya disebabkan ingin menjaga kestabilan politik Kerajaan Perpaduan yang diterajuinya.
Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Thomas Fann berkata, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu bakal menghantar mesej jelas kepada dunia bahawa korupsi boleh ditoleransi jika ‘maslahat lebih besar’ dapat dicapai melalui pelantikan mereka yang terpalit dengan kes rasuah.
“Walaupun Perdana Menteri baharu sedang mempertimbangkan kabinetnya, beliau sedang didesak untuk membentuk pasukan yang bukan sahaja daripada gabungan PH malahan juga ahli Parlimen daripada parti-parti lain yang memberikan beliau jumlah yang majoriti untuk membentuk kerajaan.
“Antara calon untuk memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) adalah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang masih menjalani perbicaraan melibatkan 47 pendakwaan rasuah. Individu lain yang juga sedang dibicarakan adalah Lim Guan Eng (DAP), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda) dan Datuk Seri Bung Moktar Radin (UMNO).
“Pendirian saya adalah mana-mana orang yang sedang menjalani kes jenayah tidak sepatutnya dilantik ke dalam kabinet sehinggalah dibebaskan sepenuhnya oleh mahkamah tanpa campur tangan eksekutif melalui pengguguran pendakwaan oleh Peguam Negara, yang sebenarnya merupakan lantikan politik.
“Benar, seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan. Maka biarkan mahkamah membuktikannya dan jika mereka tidak bersalah, rombak semula kabinet dan masukkan mereka. Kita tidak kekurangan bakat ahli-ahli Parlimen dan kita tidak akan sengsara tanpa sumbangan mereka sementara menunggu,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Tambahnya, sebagai pertubuhan masyarakat sivil yang bertanggungjawab, Bersih yang dipimpinnya akan terus konsisten menyuarakan kebimbangan dan pandangan terhadap tata kelola dan proses demokrasi.
Inilah masanya utk DSAI BERSIHKAN Malaysia drp segala perbuatan RASUAH, KRONISM,KLEPTOKRASI serta apa juga yg seWAKTU dgnnya…
Hnya dgn Cara itu sajalah maka Malaysia ini dpt dipulihkan kembali maruah ekonomi,sosial dan politiknya lebih baik Dan dihormati dunia …
LikeLike