
Betulkah teks khutbah Jumaat yang tersebar ini, dikatakan teks ini disampaikan di satu masjid di Pahang, sempena Jumaat ini.
Pasti teks khutbah ini ada hubungkaitnya dengan kluster Mahkamah atau pemenjaraan Najib Razak dan sabitan bersalah yang dijatuhkan ke atas Rosmah Mansor.
Kebiasaannya pihak yang terdesak akan memanfaatkan ruang dan kesempatan sebaiknya walaupun menyalahi peraturan. Yang bertujuan untuk membangkitkan semangat dan memastikan dalam hal ini UMNO menjadi kerajaan. Supaya nanti mudah melepaskan pemimpin pemimpin UMNO yang bermasalah di Mahkamah.
Semalam Yang Dipertuan Agong mengingatkan rakyat jelata agar jangan jadikan Masjid gelanggang politik atau jangan jadikan Masjid tempat berkempen.
Jangan Jadikan Masjid Gelanggang Politik
Ertinya kalau kita rujuk teks itu dan nasihat Sultan, nampaknya nasihat Sultan pun mereka sanggup langgar, nampak tak?
Teksi itu berbunyi pilihan raya umum ke 15 akan diadakan pada bila-bila masa maka dengan ini kita menyeru kepada umat Islam seluruhnya khususnya parti-parti Melayu supaya bersatu padu atas nama bangsa Melayu dan agama Islam supaya jangan sesekali berpecah belah.
Kita memerlukan kemenangan majoriti yang besar kita juga hendaklah memastikan calon bertanding yang benar-benar berjuang memartabatkan Islam dan menjaga kebajikan rakyat dan mempertahankan pemerintahan umat Islam di bawah naungan Tuanku Sultan selaku Raja pemerintah dan ketua agama Islam di tanahair kita.
Tinggalkan Jawapan