
Mat Sabu mahu Perdana Menteri (PM Ismail) lebih berani bukan seperti dikawal oleh seseorang. Memandangkan MoU antara pemerintah dan parti parti pembangkang telah pun ditandatangani pada 13 September 2021.
Dalam MoU itu semua pihak bersetuju untuk antara lain melaksanakan reformasi Parlimen dan peruntukan sama rata kepada semua ahli Parlimen tapi tidak termasuk parti Warisan kerana tidak terlibat.
Itu bererti tidak mungkin kerajaan ini ditumbangkan oleh pembangkang sebelum penggal pemerintahan berakhir.
Pun begitu menurut pembangkang PM Ismail masih teragak agak atau ketakutan dalam tindakannya. Seperti orang tawanan (hostage) pada pihak atau orang tertentu.
Mat Sabu membahasakan Perdana Menteri Ismail sedemikian semasa berucap di Parlimen bagi membahas Bajet 2022.
Pada pendapat ramai orang, inilah masanya Perdana Menteri Ismail yang berjawatan Naib Presiden UMNO menunjukkan kemampuannya pada ahli-ahli parti, supaya mudah bagi beliau merebut jawatan Presiden UMNO dari Zahid Hamidi.
Justeru itu PM Ismail harus berubah dan berani melanggar Presiden UMNO. Apa lagi bukan juga Presiden UMNO yang bertanggungjawab menamakan Datuk Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri Malaysia sebaliknya Presiden parti Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tunjukkan diri itu lebih berkuasa dari sekadar seorang Presiden Parti UMNO yang bukan siapa-siapa dalam pentadbiran kerajaan. Alahai!
Gambar itu tersebar sebelum ini, pelbagai persepsi yang dilontarkan oleh Netizen antaranya :-
Pertama kali dalam sejarah UMNO ada gambar seperti ini, Perdana Menteri duduk di tepi macam tidak ada nilai. PM Ismail kena fikirkan sesuatu mana boleh begitu, Kluster Mahkamah pula yang gah. Habis itu dalam pemilihan UMNO nanti PM Ismail bertanding kah merebut jawatan Presiden UMNO? Sudah terlambat, ketika itu ahli UMNO tidak hormat sudah. Memalukan lah ni PM Ismail. Alahai!
Tinggalkan Jawapan