Reputasi Apa Yang Ada Pada Pembangkang Warisan?

Nah kenapa sudah si Isnaraissah Munirah tu rayang. Hahaha!

Tetiba. Apa konok yang dia cakap tu, pertahankan reputasi pembangkang aka Warisan?

Tentang mana Warisan ada reputasi ya, prestasi di pilihan raya raya kah. Pilihan raya yang mana?

Pilihan raya umum 2018 menyaksikan Warisan kalah kecundang walaupun pada ketika itu BN Sabah turut dilanda tsunami politik dari Semenanjung. Begitu juga pada pilihan raya Negeri Sabah baru-baru ini sekali lagi Warisan kecundang.

Kerajaan negeri Warisan yang dibentuk sebelum ini adalah hasil persekongkolan UPKO dan Warisan. Natijah Presiden UPKO, Madius Tangau ditolak mentah mentah pada pilihan raya negeri baru baru ni, nasib saja tidak hilang wang deposit.

Reputasi dari segi kemajuan negeri Sabah? Kemajuan apa yang telah dicapai oleh negeri dan rakyat Sabah selama Warisan memerintah Sabah?

Inilah buktinya tidak ada reputasi yang boleh dipertahankan oleh kepimpinan Warisan.

Masyarakat Sabah tidak nampak pun. Boleh sebutkan salah satu dari kemajuan itu, jika ada. Potong riben kah?

Dalam hal menuntut cukai produk petroleum seperti mana kerajaan Sarawak pun gagal. Tapi semasa berkempen di pilihan raya negeri bukan main bersilat lagi. Kononnya kerajaan Warisan telah membuat tuntutan cukai produk justeru kalau tidak dibayar maka mereka akan menyaman Petronas. Apa yang kamu tuntut dan saman kalau tidak ada dokumen tuntutan yang dikemukakan. Lucu!

Seperti mana pendedahan Timbalan Ketua Menteri Sarawak James Masing bahawa kepimpinan Warisan tidak berani membuat tuntutan cukai produk sebab takut pada Tun M yang pada ketika itu berjawatan Perdana Menteri Malaysia.

Hal kecil dalam perjanjian 1963 pun gagal dilaksanakan. Apa lagi jika digabungkan antara elemen dalam perjanjian 20 perkara dan pembangunan prasarana serta modal insan. Memang tidak adalah. Cakap saja besar.

Daerah Kota Belud tu, wahai Munirah masih bergelumang dengan banjir. Walaupun menyelesaikan masalah banjir adalah manifesto ulang Warisan pada pilihan raya umum yang lepas.

Gesaan supaya reputasi pembangkang di pertahankan ini susulan kritikan pedas Presiden Warisan keatas Anwar Ibrahim. Shafie mendakwa ketua pembangkang yang ada pada hari ini tidak lagi mampu membawa perubahan sekaligus kemenangan di pilihan raya umum yang akan datang. Sebab itulah perlu diganti dengan orang lain.

Warisan ingat apa. Jangan nak tunjuk kehebatan lah. Realitinya PKR tu banyak kelebihan berbanding Warisan. Kebanyakan pemimpin dan jentera PKR jauh lebih berkualiti dan berpendidikan berbanding Warisan. Selama ini PKR diundi oleh orang-orang yang celik politik, mempunyai kedudukan berbanding Warisan yang mengundinya tidak pun memahami apa itu politik dan matlamat Warisan itu sendiri dan yang paling penting Warisan mengamalkan politik wang bagi mendapatkan undi.

Kampung kampung yang diwakili Ketua Kampung dari penyokong Warisan tu hah macam satu kawasan di Mexico sudah sarat dengan kebodohan hidup. Alahai

Jadi tidak ada sebab kenapa masyarakat Semenanjung yang rata rata cekik politik sanggup menerima kepimpinan Warisan yang masih berfikiran kampung-kampung.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.