
Kerajaan Sabah berharap Suruhanjaya Pilihan Raya SPR dapat mempertimbangkan cadangan pengistiharan darurat keatas Dewan Undangan Negeri DUN Bugaya, bagi mengelakkan Pilihan Raya Kecil diadakan memandangkan Sabah masih berhadapan dengan wabak covid-19.
Saranan itu diutarakan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.
Pun begitu ia tertakluk pada kuasa SPR berdasarkan peruntukan perlembagaan yang mengatakan jika ada kekosongan maka pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.
Kuasa mengistiharkan darurat terletak pada budi bicara Yang di-pertuan Agong setelah mendapat nasihat daripada kerajaan.
Kerusi DUN Bugaya kosong selepas penyandangnya Datin Manis Muka Mohd Darah meninggal dunia pada 17 November akibat penyakit buah pinggang.