Senario 20hb Oktober Covid 19 – MKTP

LAPORAN HARIAN KES JANGKITAN COVID-19

1 Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif
baharu COVID-19 di Negeri Sabah pada hari ini adalah sebanyak 673
kes. Bilangan kematian adalah 3 orang. Jumlah kumulatif kes COVID-19
di negeri ini adalah sebanyak 8,755 kes. Sehingga hari ini, seramai 3,223
pesakit dilaporkan telah sembuh. Manakala, seramai 5,466 pesakit
sedang menerima rawatan dalam wad di seluruh Sabah.

2 Kes-kes jangkitan COVID-19 pada hari ini mengikut daerah adalah seperti
berik

B. PERINCIAN SOP BAGI AKTIVITI-AKTIVITI PERTANIAN DAN
PERIKANAN

1 Bagi memastikan aktiviti pertanian dan perikanan berterusan dan
berjalan dengan teratur, perincian SOP di bawah bidang kuasa
Kementerian Pertanian dan Perikanan adalah seperti di LAMPIRAN A.


2 Manakala perincian SOP bagi aktiviti-aktiviti perkilangan dan pembuatan
di bawah bidang kuasa Kementerian Pembangunan Perindustrian adalah
seperti di LAMPIRAN B.

3 Perincian SOP Pengurusan Sumbangan dan Bantuan daripada badan￾badan bukan kerajaan (NGO), syarikat swasta, pemimpin masyarakat dan
orang perseorangan adalah seperti di LAMPIRAN C.

4 Kerajaan Negeri menyeru supaya semua perincian SOP dipatuhi oleh
semua pihak yang terlibat sebagai usaha kita untuk membendung
penularan COVID-19 di negeri Sabah.

C. SEKATAN JALAN RAYA
Polis Diraja Malaysia akan memperketatkan Sekatan Jalan Raya (SJR)
dan pemeriksaan kenderaan selaras dengan pelaksanaan PKPB di semua
daerah di Sabah.

D. KERJA-KERJA DISINFEKSI

1 Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) telah melaksanakan kerja-kerja disinfeksi setiap hari
terutama di kawasan-kawasan tumpuan orang ramai. Pada Hari ini,
disinfeksi sebanyak 88 kawasan telah dilakukan di kawasan-kawasan
awam seperti pasar-pasar awam, bangunan kerajaan, premis-premis
perniagaan, taman awam, taman permainan, kawasan tamu, kawasan
letak kereta, surau, bangunan/kawasan di bawah kawalan Majlis Daerah,
tandas-tandas awam, dewan masyarakat, terminal, jeti, gerai makan dan
kawasan-kawasan berisiko yang menjadi tumpuan awam.

2 Pihak Berkuasa Tempatan yang melaksanakan disinfeksi pada hari ini
adalah Majlis Perbandaran Sandakan, Majlis Daerah Pitas, Tuaran,
Penampang, Putatan, Tenom, Keningau, Tambunan, Sipitang, Beaufort,
Papar, Beluran, Kinabatangan, Kunak, Semporna, Lahad Datu dan
Lembaga Bandaran Kuda

E. BANTUAN BAKUL MAKANAN (FOOD BASKET)

1 Pengagihan bantuan bakul makanan (food basket) kepada golongan
sasar sedang berjalan lancar. Sehingga hari ini, 62,002 bakul makanan
telah diagihkan.
Bagi membendung penularan COVID-19 di negeri ini, semua masyarakat
digesa untuk sentiasa patuh kepada SOP PKPB yang sedang dilaksanakan di
seluruh negeri ini termasuklah memastikan jarak fizikal dipatuhi setiap masa, pemakaian pelitup muka dan hand sanitiser serta kerap mencuci tangan.
Kerjasama semua pihak adalah penting untuk mengekang penularan dan
melandaikan lekuk jangkitan COVID-19 di Sabah.

kitajagakita #stayhome #staysafe

workfromhome

Sekian.
YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN
DAN
MENTERI KEWANGAN II
20 Oktober 2020

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: