LAPORAN HARIAN KES JANGKITAN COVID 19
Berdasarkan Iaporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID 19 di Negeri Sabah pada hari ini adalah sebanyak 489 kes. Bilangan kematian adalah 5 orang. Jumlah kumulatif kes COVID 19 di negeri ini adalah sebanyak 6,286 kes. Sehingga hari ini, seramai 2,420 pesakit dilaporkan telah sembuh dan pada hari ini, seramai 3.815 pesakit sedang menerima rawatan di dalam wad.
Kes kes jangkitan COVID 19 pada hari ini mengikut daerah adalah sepeni berikut:

PELANJUTAN TEMPOH MASA OPERASI KEDAI MAKAN, RESTORAN, FARMASI, KEDAI SERBANEKA (CONVENIENCE STORE) DAN STESEN MINYAK
Tempoh masa beroperasi yang ditetapkan dalam SOP MKN benarikh 14 Oktober 2020 adalah mulai jam 6.00 pagi hingga 6.00 petang. TEMPOH OPERASI ADALAH DILANJUTKAN DUA (2) JAM SEHINGGA JAM 8.00 MALAM berkuatkuasa mulai 17 Oktober 2020.
TEMPOH MASA OPERASI BAHARU ADALAH MULAI JAM 6.00 PAGI HINGGA 8.00 MALAM.
Pelanjutan masa operasi ini adalah tidak termasuk untuk mini market, kedai runcit, supermarket dan hypermarket.
BANTUAN BAKUL MAKANAN (FOOD BASKET)
Pengagihan bantuan bakul makanan (food basket) kepada golongan
sasar sedang berjalan Iancar. Sehingga hari ini, 35,672 bakul makanan telah diagihkan.
Semua penduduk Negeri Sabah adalah diperingatkan untuk sentiasa peka dengan nasihat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dari
semasa ke semasa. Marilah kita sama sama memutuskan rantaian COVID 19.
kitajagakita #stayhome #staysafe
Sekian.
YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN DAN MENTERI KEWANGAN II 16 Oktober 2020






















Leave a Reply