Bendahari, Penerangan Wanita Negeri dan Ketua Wanita Sipitang Masuk Bersatu

Parti Warisan hari ini kehilangan ramai pemimpin tertinggi Wanitanya apabila Bendahari Wanita Warisan, Puan Hajah Saleha Haji Tahir, Ketua Penerangan Wanita Warisan, Puan Margaret Tambakau serta Ketua Wanita Warisan Bahagian Sipitang, yang juga Naib Wanita Warisan Negeri, serta Pn Hilda Salim, Ketua Wanita Pensiangan merangkap Exco Wanita Warisan Negeri, meninggalkan parti itu. Jurucakap Wanita yang meninggalkan Warisan itu, Puan Hajah Saleha Haji Tahir berkata mereka keluar dari Warisan kerana hilang kepercayaan kepada Pemimpin Warisan Datuk Shafie Apdal. Katanya Para Pemimpin Warisan telah gagal dalam menjaga kebajikan kaum Wanita didalam parti.

Saleha juga menyatakan Wanita Warisan gagal melaksanakan pembangunan dalam memajukan negeri Sabah kerana tidak mempunyai halatuju yang jelas seperti yang telah dilakukan oleh Kerajaan yang lalu. Katanya rakyat khasnya golongan Wanita sudah bosan dengan cara Pemimpin Warisan mengendalikan urusan terhadap Wanita. Setelah memendam perasaan kecewa dan marah, maka sudah tiba masanya kami meninggalkan perjuangan yang tiada halatuju seperti Warisan. Katanya lagi, lebih ramai ahli Wanita akan mengikuti jejak mereka atas alasan yang sama.

Sumber

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: