Shafie Dinamakan Sebagai PM Terus Warisan Lupa Diri

Kredit gambar entah siapa punya ni

Pasti ramai sudah yang tahu berkenaan kenyataan Tun Mahathir yang mengesyorkan Shafie sebagai calon Perdana Menteri versi PH Plus tanpa PKR.

Sedangkan Tun sendiri tidak ada jawatan dalam parti dan tidak ada parti pun, yang membolehkan beliau merealisasikan impiannya.

Maka dari tadi pagi si Darell Leiking dan si Junz Wong serta machai-machai mereka sibuk menyatakan kegembiraan mereka. Bermacam bentuk grafik yang disebarkan sebagai tanda sokongan terhadap Shafie yang digambarkan sebagai layak menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Malah ada sumber yang mendakwa si Darell dan si Junz Wong yang bertanggungjawab mencadangkan nama Shafie pada Tun Mahathir dalam satu mesyuarat khas. Entah betul entah tidak tapi kalau melihat pada reaksi dua pemimpin itu, macam betul nampak sangat bersungguh-sungguh dan beria-ia. Haha!

Tapi pernahkah mereka melihat pada realiti tentang apa yang mereka telah lakukan demi memenangi hati masyarakat Sabah sebelum ini. Semasa kempen pilihanraya yang lepas.

Seperti contoh sentimen yang diterapkan melalui propaganda Sabah Ubah. Propaganda ini sarat dengan sentimen kenegerian malah pada setengah jentera Warisan yang kurang pendidikan ia lebih daripada itu meleret hingga menyentuh bangsa. Kononnya orang Sabah harus menolak parti yang berasal daripada Malaya kerana sudah sekian lama orang Malaya merompak harta atau khazanah Sabah. Lama-kelamaan ia bertukar menjadi sentimen perkauman antara orang Sabah dan orang semenanjung.

Hingga pada satu waktu admin merasa tidak selesa dan bertanya pada mereka bagaimana pula dengan isteri Shafie yang berasal daripada semenanjung atau orang Melayu, kenapa mereka tidak mempersoalkannya bukankah itu menunjukkan mereka hipokrit. Jawapan yang mereka berikan kerana itu suratan takdir, pula. Hipokrit lah sangat.

Begitu juga dengan sentimen yang mereka tiupkan melalui slogan Sabah for Sabahan. Segala jenis cacian dan hinaan mereka lontarkan kepada orang yang menyokong parti dari semenanjung sepertinya UMNO dan seumpamanya. Dahsyat beb.

Apakah Darell Leiking dan Junz Wong sudah lupa. Apa mereka ingat penyokong parti daripada Malaya khususnya orang Melayu tidak tergores dan sanggup menerima Shafie sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Jujur admin katakan seperti mana sentimen yang ditiupkan oleh penyokong Parti Warisan terhadap orang yang menyokong parti dari semenanjung, nah begitu jugalah sentimen mereka terhadap pemimpin-pemimpin Warisan.

Pokoknya setiap parti politik ada sentiment mereka yang tersendiri. Sebab itulah admin tidak suka pada parti atau agenda yang terlalu kenegerian.

Beranikah Lim Guan Eng, Mat Sabu dan Anwar Ibrahim menyatakan sokongan mereka terhadap Presiden Warisan Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Kita tunggu apa akan berlaku pada waktu itu, mungkinkah sokongan terhadap PH akan rosak binasa. He!

Akhirnya yang kita dapat hidu dari cadangan yang tidak berasas ini ialah Shafie telah dikambinghitamkan oleh Tun M atau Darell dan Junz Wong samada mereka sedar atau tidak. Halus permainan ni.

Selain itu perkembangan ini juga telah menarik perhatian rakyat Malaysia untuk menilai kemajuan yang telah dicapai oleh Shafie Apdal selaku Ketua Menteri Sabah. Ternyata gagal sehingga hari ini tidak ada kemajuan yang dicapai hingga membanggakan masyarakat Sabah, kalau ada cuba sebutkan. Justeru mana mungkin layak menyandang jawatan yang lebih tinggi sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Ada juga yang berpendapat tujuan Tun M menamakan Shafie sebagai calon Perdana Menteri Malaysia adalah untuk menarik balik kepercayaan ahli Warisan memandangkan sejak kebelakangan ini sudah ramai ahli yang meninggalkan Warisan dan dijangka akan lebih ramai lagi yang berbuat demikian.

Pada Darell dan Junz Wong kalau ingin meneruskan polemik Shafie jadi Perdana Menteri, cuba kamu kira kerusi PH plus tanpa PKR atau Anwar. Cukup kah?

2 Comments

  1. Oiiii.Jalinluin, WHY you hate Shafee so much….?
    Dia tak bagi you ANGPAU ke…..?????
    Hari-hari gebang beribu kelyuar Warisan tapi, Shafee kekal KETUA MENYERI.

    Giveuplah weiiiii…….

    Like

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.