Laporan Polis Terhadap Jalin Luin – Macai Warisan

KOTA MARUDU: Polis sedang mengesan pemilik akaun Facebook yang didakwa memfitnah Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony, melalui laman sosial itu pada Isnin lalu.

Tindakan itu susulan laporan polis oleh seorang lelaki di sini, semalam, mengadu ternampak tiga kenyataan dimuat naik pemilik akaun Facebook menggunakan profil ‘Jalin Luin’, yang berbaur fitnah terhadap Peter dan Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Izaan Abdullah, berkata berdasarkan laporan itu, pengadu memaklumkan ternampak kenyataan berkenaan ketika melayari Facebook di rumahnya di Kampung Salimandut, Tandek, pada jam 8 malam Isnin lalu.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/05/564239/polis-buru-pemilik-akaun-facebook-didakwa-fitnah-menteri-parti


Sikit sikit fitnah. Macam mana kamu atau saya tahu sesuatu kenyataan itu adalah fitnah atau sebaliknya, kalau tiada pencerahan dari pihak yang terbabit.

Dan bagaimana mereka terlalu yakin yang kenyataan itu ditujukan pada mereka?

Sepatutnya para macai Warisan mencontohi tindakan Ketua Polis Negeri Sabah, Datuk Omar Mammah yang menafikan berita itu melalui kenyataan akhbar, dengan demikian ia telah menjawab persoalan. Maka pada hemat kami hal yang ditulis itu telah dijawab dan selesai.

Tidak seperti penyokong parti, macam tidak ada adab dan sekolah, sikit sikit laporan Polis. 😊

Kualiti penyokong Warisan. Lebih sudu dari kuah, terlalu kuat membodek sebab itulah sikit sikit laporan Polis.

Sepatutnya mereka membuat kenyataan media, menafikan apa yang ditulis oleh rakyat Malaysia. Bukannya sikit sikit laporan Polis.

Kalau beginilah keadaannya, akan tidak ada rakyat Malaysia yang berani membuat dakwaan walaupun dakwaan itu melibatkan kepentingan rakyat dan negara. Semua orang membisu sehinggalah negara binasa.

Berapa kali laporan Polis dah. Sebelum ini pun admin sudah disoal siasat.

Tapi kenapa penyokong atau jentera Parti Warisan tidak membuat laporan polis terhadap Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador kerana sebelum ini menolak malah memperlekeh gesaan atau cadangan Naib Presiden Parti Warisan, Junz Wong yang mencadangkan agar mana-mana anggota polis yang ingin membuat liputan ke atas Majlis politik Warisan dikehendaki melaporkan diri atau memperkenalkan diri sebagai SB atau anggota keselamatan.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/05/15/saya-akan-suruh-mereka-bawa-plakad-kpn-bergurau-keperluan-sb-perkenalkan-diri/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s