*Parti Warisan Sabah* adalah parti Yg sudah berdaftar.

Parti Warisan Sabah dulunya di kenali sbg Parti Pembangunan Warisan Sabah dan presidennya adalah sdr Fred gabriel..

Pengambil alihan telah di buat /di tukar nama kpd *Parti Warisan Sabah* dan di luluskan pd *17oktober2016*. Semua AMT telah di tukar dan bbrp perlembagaan parti telah di ubah.

Ini termasuk pembentukan sayap2 parti iaitu *Wiranita*, *Wira* dan *Wirawati* Bahagian setiap parlimen juga telah di wujudkan serta cawangan2 di bawahnya..

Byk persoalan Yg di kemukakan oleh pihak lawan termasuk ahli warisan sendiri Yg keliru..

*1. Adakah Parti Warisan Sabah sah di sisi undang2 dan telah di daftar kpd ROS*

Ya, *SAH* dan telah berdaftar. Nama parti asal ialah parti pembangunan Warisan Sabah.

*2. Adakah parti belum mengadakan AGM?*

Utk mengambil alih sebuah parti dan menukar semua AMT parti mesti lah mengadakan AGM. Maknanya parti Sdh pun mengadakan AGM pada tahun 2016. Jika tidak mana makin ROS meluluskan pertukaran nama baru dan AMT Yg baru.

*3. Bila kah akan di adakan AGM utk tahun 2017?*

Utk mengadakan AGM perlu ada laporan kewangan bendahari utk di bentangkan. Audit kewangan tahunan parti adalah selepas hujung tahun 31dec. Jd bermakna AGM akan di adakan selepas laporan kewangan di audit dan kita ada jangkamasa membuat AGM sehingga mac 2016.
Maklumat terkini drp SU agung adalah pd bulan Februari 2017 setelah mesyuarat cawangan dan bahagian di sempurnakan.

*4. Adakah Warisan boleh bertanding sekiranya PRU pd bulan 1 atau 2 sebelum AGM di buat?*

Ya, *BOLEH bertanding*
Semua dokumen dan lambang parti telah pun di serahkan kpd SPR.. SPR juga telah mengesahkannya. Bermakna bila2 masa berlaku pembubaran dan PRU drp sekarang Warisan tetap boleh bertanding.

*5.Adakah cawangan dan bahagian telah di daftarkan dgn ROS?*

Mesyuarat peringkat cawangan penaja telah di buat oleh setiap bahagian dan 10 cawangan penaja akan di wujudkan bg setiap bahagian utk peringkat permulaan.
Mesyuarat penaja bahagian juga dlm perancangan dlm masa terdekat dan akan di berikan kpd SU agung utk di daftarkan kpd ROS sebelum AGM di buat.

*6.Adakah cawangan2 lain akan di iktiraf selain drp 10 cawangan penaja?*
*Ya* Semua cawangan akan di iktiraf oleh parti dan akan di daftarkan kemudian.. Tidak ada timbul cawangan yg tidak di iktiraf dan semua ahli yg telah berdaftar secara online juga di iktiraf sbg ahli Part Warisan Sabah.

Semoga soalan2 dan jawapan di atas dpt menghilangkan kekeliruan di kalangan Ahli Parti Warisan Sabah.

Segala urusan pentadbiran parti semua berjalan lancar dan di uruskan oleh Tuan Loretto paduar jr sebagai SU agung parti dan juga merupakan seorang peguam.

Presiden, Timbalan, Naib dan AMT lain adalah org yg berpengalaman dlm urusan politik dan Parti. Adalah tidak menjadi keraguan kpd kita sbg ahli parti yg setia kpd perjuangan.

Apa yang paling penting ialah kesedaran kita utk terus berjuang dan mendekati pengundi di akar umbi.. Kita mesti memastikan setiap pelusuk kampung kawasan kita mendapat mesej perubahan yg di bawa oleh Warisan.

Sekian Terima Kasih

*Sarifuddin Hata*
KW Kalabakan
Ketua Penerangan Wira Negeri
Pengarah Pilihanraya Negeri


Berada di bulan February 2018 tapi belum lagi Warisan mengadakan mesyuarat agung atau AGM mereka. Pada ahli Warisan kamu tidak merasa ragu lalu terdetik untuk mempersoalkannya kah? Menyokong buta buta kah.

Baru jak admin terbaca kenyataan dari Ketua Wira Kalabakan pasal jadual mesyuarat agung Parti Warisan atau AGM. Macam bikin ketawa pun ada, dia dalam kenyataannya itu berjanji akan mengadakan AGM Warisan pada akhir Februari 2017. Memandangkan pada masa itu semua syarat telah dipenuhi, termasuklah syarat wajib, mengadakan mesyuarat diperingkat Bahagian dan Cawangan.

Tapi sehingga hari ini janji tinggal janji.

Baik, sama ada benar atau tidak kenyataan itu datang dari KW Kalabakan itu bukan lagi isunya. Isunya, bila agaknya Warisan akan mengadakan AGM, pilihan raya semakin hampir ni?

Adakah Warisan sudah terlajak mengiktiraf kedudukan Shafie Apdal sebagai Presiden Warisan dan jawatan kepimpinan yang lain. Sedangkan tidak ada persetujuan atau minit mesyuarat dari AJK parti asal yang mesti dijalankan dan disertai oleh mereka melalui juga mesyuarat agung atau AGM?

Dan kalau ia dijalankan akan menggugat kedudukan jawatan kepimpinan tertinggi parti Warisan yang baharu ini kah?

Warisan ingat membeli parti semudah membeli barang di pasar kah. 🤓

Mengikut strategi berpolitik, rakan Warisan iaitu PH Sabah harus mengambil kesempatan dari perkembangan ini agar Warisan tidak terus angkuh dengan kononnya kekuatan mereka. Kebetulan mereka sekarang sedang merundingkan agihan kerusi DUN dan Parlimen.

Begitu juga dengan parti parti pembangkang yang lain tapi tidak sehaluan dengan Warisan.

Caranya kamu fikirlah sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s