DAP, Lim Guan Eng melabelkan PAS sebagai parti yang sesat dan pembangkang olok olok hanya selepas ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar meninggalkan PAS.

Adakah dengan itu satu satu parti politik hanya dikatakan sebuah parti apabila ada kerjasama dengan DAP. Walaupun semua orang tahu, DAP ada agenda sulit yang ingin menjahanamkan Melayu Islam di Semenanjung?

Seperti yang berlaku hari ini, DAP menerima Dr M walaupun sebelum ini saling bercakaran, ini kerana Dr M menolak perjuangan PAS dan DAP tahu hubungan mereka dengan PAS akan berakhir. Dalam erti kata lain, sebenarnya DAP membalas dendam lalu menjadikan Dr M Kuda tunggangan mereka.

Inilah buktinya parti DAP merupakan parti perkauman dan parti yang benci melihat umat Islam bersatu. Suka mendengar perpecahan yang dicetuskan oleh pemimpin Islam yang berlagak sekular.

DAP menyedari perpecahan umat Islam dan bangsa Melayu menjadi titik tolak dalam mereka menarik kepercayaan orang Melayu. Sebab itulah pemimpin-pemimpin parti DAP tidak pernah lekang mengeluarkan kenyataan provokatif terhadap bangsa Melayu dan agama Islam, supaya nanti ia menjadi perdebatan diantara dua kelompok masyarakat, penganut Islam klasik dan Islam sekular.

Parti politik DAP juga tahu sangat sangat segelintir orang Melayu lebih mencintai politik aka karier berbanding negara bangsa mereka. Ambil contoh, bila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sengaja melantik Ustaz Wan Ji yang juga pemimpin pemuda dari PKR dan bekas ahli PAS dari negeri Kelantan sebagai pegawai penerangan yang bertanggungjawab menjelaskan dasar Islam di negeri itu.

Perkara sama juga berlaku bila DAP Sabah melantik seorang kononnya aktivis masyarakat yang dikenali sebagai Juju menjadi Setiausaha Politik kepada seorang pemimpin DAP di negeri Sabah.

Tugas Ustaz Wan Ji itu nanti tidak ada lain selain merasionalkan apapun tindak tanduk DAP, termasuklah penolakan DAP keatas ulama ulama dan sistem Islam. Selain sudah tentu dasar kebebasan umat Islam di negeri Pulau Pinang.

Pokoknya semakin Melayu berpecah semakin itu menguntungkan DAP yang totally beridealogi sekular.

#BNforSabahan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s