Darel Sibuk Berkenaan Kerusi DUN dan Parlimen tapi Penyelewengan Dana Rakyat Didiamkan

Inilah buktinya parti Warisan ketandusan idea hingga terpaksa mengada adakan cerita. Sudah itu cakap tidak serupa bikin maklum sebelum ini kuat mempersoal ketelusan lawan tapi bila melibatkan Warisan, mereka sikit pun tidak menghiraukannya. Hemmm

Kalau benar mereka telah mendapat sokongan dari semua lapisan masyarakat kerna agenda yang mereka bawa. Sepatutnya tidak usahlah Warisan kecoh bising berhubung perkara remeh, sepertinya perkembangan tambahan Kerusi DUN dan Parlimen sama ada sudah atau belum dibentangkan di Dewan Parlimen.

Apa lagi mereka sedia makluma dimana pertambahan Kerusi DUN itu telah mendapat kelulusan atau pengwartaan dari kerajaan negeri Sabah, pada 16hb Ogos 2016. Tapi lucunya hanya kelmarin barulah Warisan mendedahkannya.

Tidak usahlah Warisan mendedahkan dokumen soal jawab di Parlimen. Itu hanyalah tindakan poyoh yang menunjukkan Warisan sedang takut dan ketandusan idea dan itu juga menunjukkan Yb Warisan tidak bijaksana memikul tanggungjawab mereka dimana setiap isu yang mereka bangkitkan terpaksa mengheret masyarakat yang sepatutnya fokus pada kehidupan seharian.

Untuk makluman protes rasmi berhubung persempadan semula kawasan Parlimen hanya dibuat oleh pembangkang dari Selangor dan Perak manakala Sabah dari pihak pembangkang hanya mendiamkan diri. Ertinya Warisan ni hanya pandai menumpang tui!

Jujur admin katakan pendedahan seperti ini sikit pun tidak mengubah kesetiaan masyarakat Sabah keatas BN. Sebaliknya masyarakat sudah tahu betapa tumpulnya kepimpinan Warisan

Hello Timbalan Presiden dan kepimpinan Warisan jangan kamu berpolemik sejauh ini tapi adakan dulu Perhimpunan Agung Warisan, barulah parti Warisan itu layak dianggap wadah. Buat masa ini parti Warisan ibarat premis haram ditepi jalan, bila bila masa akan diserbu oleh penguatkuasa atau akan diambil balik oleh pemiliknya.

Dan yang paling penting sebagai pemimpin politik, bagaimana dengan kebajikan di kawasan anda, sudah ok kah? Jangan saja sibuk berpolitik air liur dan bergaya dengan baju baru lepas itu bergambar ala ala model pakaian.

Perkembangan terbaru yang melibatkan Naib Presiden Warisan, si Peter yang sedang diburu oleh SPRM. Apa pendapat tuan Timbalan Presiden Warisan dalam hal ni? Adakah SPRM telah memfitnah Warisan seperti dakwaan jentera Warisan terdahulu bila SPRM mereman Presiden mereka?

Suka juga admin ingatkan penyelewengan ini melibatkan pembelian tanah oleh pihak RISDA melalui Kementerian KKLW yang pada masa itu diterajui oleh Presiden Warisan. Dan dikhabarkan tanah itu nanti akan dikomersialkan atau diberikan pada masyarakat setempat sebagai peneroka tapi sayang dana untuk membeli tanah itu telah disonglap oleh pemimpin Warisan hingga diburu oleh SPRM. Kejam kan, sedangkan semasa Warisan menjelajah ke pelusuk negeri Sabah, mereka berjanji akan menukar status tanah Felda menjadi tanah peneroka. Tapi macam mana juga kalau sudah begini, sedangkan peruntukan untuk membeli tanah yang seluas tapak tangan pun disonglap. Hemmm

Naib Presiden Warisan diminta menyerahkan diri pada SPRM

Diatas ada beberapa persoalan, sila tinggalkan pesanan. Wahai totok totok Warisan.

Matilah kamu, sediakan lilin dan tabung derma. 🤓

#BNforSabahan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s