Kerajaan Malaysia komited membantu negara jiran Filipina yang terjejas akibat ribut Tembin yang melanda beberapa kawasan di negara itu.
Menteri Pertahanan Datuk Hishammuddin berkata angkatan tentera Malaysia telah bersiap sedia menghantar bantuan kemanusiaan khususnya makanan ke kawasan yang terjejas.
Beliau telah membuat panggilan kepada setiausaha pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana. Bagi melahirkan kebimbangan ATM dan rakyat Malaysia terhadap mangsa bencana di Selatan Filipina.
Justeru itu beliau telah mengarahkan panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkifli untuk membuat persiapan.
Mengikut berita semasa antarabangsa, taufan Tembin telah menyebabkan kematian 130 orang dan lebih 70 ribu orang kehilangan tempat tinggal di negara berkenaan.