Pembangkang macam orang yang putus cinta. Meroyan dan terus bersedih.

Kali ini berhubung bendera UMNO yang dikibarkan dan lagu UMNO yang dinyanyikan oleh murid murid Sk Putrajaya. Majlis itu dirasmikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan. Peristiwa ini telah mendapat kritikan dari pihak pembangkang, kenapa kononnya boleh berlaku.

Hakikatnya tidak salah bagi pihak pembangkang untuk tidak berpuas hati. Tapi adakah pula pemimpin dan jentera pembangkang mendokong demokrasi dalam erti kata yang sebenarnya.

Hari hari menyumpah seteru mereka, hari hari membuat dakwaan yang tidak berasas, hari hari membuat tuduhan yang tidak ada bukti. Seolah olah mereka itu sangat alim dan tidak terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral. Ada yang percaya kah?

Bagaimana dengan proses pemilihan di peringkat Cabang dimana yang bukan ahli PKR pun layak mengundi. Begitu juga dengan proses pemilihan ahli kongres DAP dengar khabar sangat tidak adil hingga mencetuskan kemarahan dikalangan ahli DAP. Malah pertubuhan DAP itu sendiri tidak diiktiraf oleh ROS. Ini semua adalah proses demokrasi adil yang sepatutnya dipatuhi tapi sebaliknya.

Tapi bab bendera dan lagu UMNO pun bukan main marah lagi, menyalahkan UMNO dari semua sudut demokrasi.

Sebelum membetulkan orang lain diharap pada pihak pembangkang betulkan diri tu dulu. Hayati prinsip demokratik yang mana hak yang mana tidak. Jangan semua kamu persoalkan.

Hanya pemain politik bodoh yang tidak pandai menggunakan kelebihan yang mereka ada, apa lagi sedang berhadapan pembangkang yang ada pada hari ini, semua perkara dipolitikkan. Ertinya untuk masa sekarang tidak ada salahnya mengibarkan bendera dan menyanyikan lagu UMNO hatta diperingkat Sekolah sekalipun 😉

Note. Kalau pihak pembangkang mempersoal program itu sebagai satu kesalahan. Tapi bagaimana pula dengan kakitangan awam yang berpolitik pembangkang. Adakah mereka tidak melanggar Peraturan 4(1) PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 iaitu tidak memberi taat setia kepada Yang diPertuan Agong, negara dan kerajaan dan boleh dikenakan tatatertib.

#BNforSabahan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s