Nampak sangat Parti Warisan adalah parti yang tidak boleh pakai. Dulu mereka kata Warisan tidak akan berkerjasama dengan parti parti dari Semenanjung. Sampai ada dari kalangan jentera tolol Warisan pada waktu itu, cukup marah bila admin menjelaskan kedudukan Warisan sebagai parti pembangkang. (menurut pendapat admin, sebab admin nampak muslihat Shafie Apdal semasa dia mempromosikan Warisan)

Sebab yang diinginkan oleh penyokong Warisan dari Shafie pada waktu itu ialah jadikan Warisan sebuah pertubuhan yang menuntut Sabah keluar dari Malaysia. Sombong bodoh!

Bagi mengukuhkan kenyataan admin diatas, sebelum ini admin banyak mencabar pemimpin dan jentera Warisan menerusi entri sama ada di Blog dan Facebook. Admin mencabar, adakah benar Warisan tidak akan berkerjasama dengan parti parti daripada Semenanjung seperti PPBM!. Tapi sampai saat ini mereka tidak berani menyahut cabaran.

Sehinggalah pada hari ini, Dr M membayangkan PH tidak akan bertanding di negeri Sabah. Sebab kononnya ada juga parti Warisan menyebabkan PH mampu memenangi sehingga 25 kerusi Parlimen. (syok sendiri)

Pandangan Pengerusi PH, Dr M itu juga telah mendapat tentangan daripada DAP Sabah, DAP membayangkan mereka tidak akan memberikan kerjasama, andai mereka tidak diberikan peluang untuk bertanding di beberapa kerusi, termasuklah di kawasan yang didakwa kubo kuat Warisan.

Betul juga, DAP dan PKR yang terlebih dulu bertapak berbanding parti Warisan. Tapi sebaliknya Warisan yang diutamakan.

Maka benarlah dakwaan penyokong PH?, Dr M dan Shafie hanyalah parasit yang akan merosakkan masa depan PH di negeri Sabah.

Ok, dalam entri ini ada dua persoalan.

1. Apa penafian dari barisan kepimpinan Warisan berhubung kerjasama yang sebelum ini mereka nafikan. Apa lagi sebelum ini Shafie Apdal sendiri pernah mengeluarkan kenyataan bahwa dia tidak gentar berhadapan dengan PH di daerah Semporna?

2. Apa hak Dr M menafikan hak PKR dan DAP Sabah, sedangkan PH di Sabah sudah ada pengerusinya iaitu Christina Liew?

Pada penyokong PKR, DAP dan Amanah Sabah jangan kamu mudah ditololkan oleh Warisan. Tanya juga pada diri sendiri, adakah Warisan mewakili PH di Sabah?

#BNforSabahan

3 thoughts on “Parti Warisan Mewakili PH di Sabah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s