
Nah kenapa pula perkongsian gambar Presiden Warisan yang dipakaikan t-shirt SPRM dikaitkan dengan BN Sabah tu. Apa salah BN?
Sedangkan perkongsian tersebut adalah atas kehendak individu semata-mata. Bukannya arahan dari kepimpinan BN.
Seperti juga apa yang dilakukan oleh penyokong pembangkang, mengongsi gambar jelek PM Najib Razak dan KM Musa Aman. Tapi tidak pernah pula kita mendengar jentera BN Sabah mengadu pada pihak Polis. Hemmm
Kita sedia maklum kenapa hampir semua jentera Warisan membuat laporan Polis. Tujuannya supaya masyarakat membenci kepimpinan BN Sabah.
Oleh itu jangan masyarakat termakan akan taktik kotor Warisan. Ibarat menyelam sambil meminum air.
Kenapa perlu membuat laporan Polis. Kenapa tidak saja membuat sidang media? walhal dalam masa yang sama, kepimpinan Warisan mendakwa mereka adalah pemaaf.
Sebagai masyarakat politik, admin amat meraikan kebebasan dan menerima perkongsian yang dibuat oleh Bro Hafizi Harris tu sebagai sebahagian daripada rencah politik. Sebab, kenapa kalau pembangkang yang mengedit gambar pemimpin pemimpin BN, mereka cukup gembira tapi sebaliknya bila masyarakat yang mengikut jejak mereka. Ini tidak adil!
Untuk makluman, jentera Warisan lah yang sebenarnya kurang ajar dan tidak bertanggungjawab. Kerna sebelum ini mereka pernah mendedahkan nombor Mykad admin, hanya semata-mata ingin menunjukkan pada masyarakat, bahwa admin tidak mengundi di daerah Semporna tapi di Lahad Datu. Pun begitu, tidaklah sampai admin membuat laporan Polis, walaupun admin tahu ia adalah kesalahan yang amat serius.

Sebelum ini menerusi portal FMT melaporkan bahawa pihak Polis sedang menyiasat laporan yang dibuat oleh Parti Warisan Sabah (Warisan) berhubung sebuah artikel dan imej suntingan dalam talian yang menggambarkan Presidennya, Datuk Seri Shafie Apdal sebagai tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ketua Pemuda Sepanggar, Norazmi Alimat dalam laporan polisnya berkata, pengguna bernama Hafizi Harris melalui satu catatan Facebook pada Sabtu lalu secara salah mendakwa Shafie dan Naib Presidennya, Peter Anthony ditahan SPRM
#BNforSabahan






















Leave a Reply