Warisan Cakap Berlapik Tapi Bohong

Kalau pembangkang memberikan jawapan tidak maka jawapan yang sebenar benarnya ialah ya. Pembangkang tetap akan menafikan apa pun perkara yang tidak menguntungkan mereka atau sebaliknya, mereka juga sanggup menjanjikan yang indah indah dan menipu sebelum kuasa berada di tangan mereka.

Seperti mana kenyataan terbaru dari Presiden Warisan ini yang berlapik tapi nampak bohongnya.

Kelmarin kenyataan dari Presiden Warisan terpampang di akhbar yang bertajuk “Warisan tidak tandatangan perjanjian rasmi ” kononnya mereka tidak akan berkerjasama dengan mana mana parti daripada Semenanjung seperti PKR, DAP, Amanah dan PAS. Tapi dalam masa yang sama Warisan percaya mereka akan mendapat kerjasama bila tiba saat menamakan calon. Ini yang admin maksudkan berlapik tapi nampak bohongnya.

Umum tahu keintiman politik diantara Dr M dan Presiden Warisan, Shafie Apdal sedangkan PPBM adalah komponen Pakatan Harapan (PH). Percayalah kerana itu hubungan sulit ini tidak akan sanggup dinafikan oleh Dr M selaku kepimpinan tertinggi PPBM. Alsebab itulah Warisan akan mendapat kerjasama walaupun tidak ada hubungan kerjasama dengan PH.

Tidak usahlah berlapik, masyarakat Sabah cukup maklum akan permainan politik Warisan yang semakin terdesak. Masyarakat sedia maklum tujuan Warisan membuat kenyataan sedemikian agar mereka dianggap parti tempatan Sabah yang kononnya memperjuangkan Sabah. Sejak bila? Sedangkan program menderma darah di hospital Papar pun menjadi isu, remeh punya kerja kecoh yang lebih.

Pada kepimpinan Warisan, lihat cermin dan sekeliling cari dimana tanggungjawab anda pada masyarakat, utamakan dulu mereka jangan hanya sibuk berpolitik semata-mata kerana inginkan kerusi empuk Ketua Menteri Sabah dan kepimpinan negeri. Apa sudah jadi dengan masyarakat di Parlimen Semporna, Penampang dan DUN Sulabayan, Likas serta Moyog? Walaupun kemenangan kamu orang datang dari tiket BN, PKR dan DAP tapi jangan lupa tanggungjawab anda.

Sedarlah kamu wahai masyarakat, parti Warisan adalah parti one-off seperti mana calon bebas, habis PRU mereka pun bermastautin jauh dan diam. Ibarat habis wayang tinggal panggung.

#BNforSabahan

1 komen

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: