Sebelum pengenalan cukai pelancongan menjadi isu diantara Federal dan Sarawak. Menteri Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun telah pun membuat kenyataan awal bahawa cukai pelancongan akan dibawa ke pengetahuan kabinet untuk dibincangkan sekaligus bagi mencari jalan penyelesaian.
Tidak seperti yang didakwa oleh pihak pembangkang, kononnya BN atau Menteri Sabah hanya bertindak atau bersuara selepas Menteri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bertegang urat dengan Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Nazri Aziz. Ini dakwaan yang tidak benar dan berniat jahat.
Sebagai masyarakat Sabah, kita patut berbangga dengan adanya pemimpin pemimpin BN Sabah yang berkualiti. Adakala tidak bersetuju tapi dalam masa yang sama memikirkan kebaikan disebalik perbezaan. Tidak seperti pembangkang, melihat perbezaan benar benar negatif selagi tidak menguntungkan mereka secara peribadi.
Hakikatnya selama ini banyak perkara yang jelas bertentangan dengan undang-undang negeri tapi bila dilaksanakan tidak pula ia merugikan masyarakat Sabah.
Hari ini kementerian pelancongan Sabah yang diketuai oleh Datuk Masidi Manjun berjanji ini akan melihat perkara ini atau cukai pelancongan secara teliti.
#BNforSabahan #UMNOBN