Betullah tu kos bayaran perubatan di Hospital kerajaan Malaysia adalah yang termurah di dunia. Kerana itu admin yakin dan percaya tidak akan ada yang berani menafikan kebajikan ini, melainkan mereka itu benar benar tidak tahu dan sengaja tidak bersyukur.
Dengan kebaikan ini maka admin yakin masyarakat yang ada diluar sana akan terus mempertahankan BN.
Bayangkan kos untuk mendapatkan rawatan pesakit luar, hanyalah RM1/orang. Murid murid sekolah pula dirawat secara percuma. Manakala mereka yang berjumpa dengan doktor pakar, mereka hanya dikenakan bayaran sebanyak RM5. Itu termasuklah bayaran untuk ubat ubatan.
Semua kemudahan dan kos diatas ditanggung oleh kerajaan BN dimana pemerintah terpaksa menanggung kos perubatan sehingga 98% bagi setiap orang rakyat Malaysia.
Rumusan diatas berdasarkan ucapan PM Najib Razak ketika merasmikan peletakan batu asas Hospital Pakar Minor Sri Aman.
Itu belum lagi kos yang terpaksa ditanggung bagi merawat pesakit buah pinggang. Untuk merawat golongan ini yang seramai 40 ribu orang. Pemerintah terpaksa menanggung kos perbelanjaan sehingga RM1.6 bilion setahun.
Mari kita syukuri nikmat ini.
#BNforSabahan #UMNOBN
Tinggalkan Jawapan