KPDNKK Bekerjasama Dengan SKMM. Apa Barang?

KPDNKK akan berkerjasama dengan SKMM bagi kononnya menangani budaya ‘Berita Tergempar’ yang menyebabkan berlaku pembelian panik dikalangan pengguna.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata ia bagi memastikan kementerian dapat mengesan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita yang tidak tepat mengenai isu-isu kepenggunaan.

Sedangkan Kementerian ada kuasa penuh terhadap peniaga. Mereka boleh memperkenalkan sistem yang mampu membendung peniaga dari mengambil kesempatan. Seperti contoh sebelum memperkenalkan sebarang penarikan subsidi, minta peniaga mengisytiharkan stok mereka. Tapi mungkin tidak terfikir, terlampau tolol pula?

Tapi mengambil pendekatan yang tidak logik, boleh pula, lihat, adakah patut KPDNKK berkerjasama dengan SKMM, bagi mengurangkan bebanan rakyat. Apa ni?

Apa yang dibualkan oleh masyarakat berhubung kenaikan harga adalah benar. Rakyat Malaysia ketakutan, risau kalau pendapatan mereka tidak mampu menampung kos seharian. Akibat kegagalan UMNO mengurus ekonomi negara dengan baik. Dimana akhirnya rakyat yang menanggung beban.

Terdahulu GST diperkenalkan walaupun ditentang oleh majoriti rakyat Malaysia. Tapi kerana kerajaan terbeban dengan hutang yang melampau, akibat aktiviti penyelewengan di dalam 1MDB terpaksa juga GST diperkenalkan.

Akhirnya siapa yang susah, bukan kah rakyat itu sendiri. Ada pemerintah memikirkan hal ini. Semakin menarik keistimewaan adalah.

Sudahlah kekayaan negara hanya dibolot oleh pemimpin pemimpin dan kroni UMNO.

Begitu halnya dengan harga minyak petrol yang tidak terkawal menyebabkan harga jualan meningkat. Adakah pemerintah berjaya membendungnya? Oh tidak, cakap besar adalah, sehingga saat ini harga jualan terus meningkat dan pemerintah gagal mencari jalan penyelesaian.

Sama ceritanya dengan penarikan subsidi bahan asas, subsidi minyak masak ditarik balik tanpa alasan yang munasabah. Sedangkan Malaysia adalah pengeluar minyak sawit dunia. Siapa yang menerima bebanan hidup, pemimpin UMNO kah?

Sudah itu, sehingga hari ini agihan minyak masak di seluruh negara masih tidak tersusun. Tapi kalau kita dengar jaminan dari Menteri berkenaan, bukan main lagi, mengalahkan Tuhan. Hemmm

Jadi jangan salahkan rakyat kalau mereka memviralkan sebarang cerita yang ada hubung kaitnya dengan kehidupan. Ini negara milik rakyat, bukannya UMNO. Malah UMNO gagal menjaga baik kesejahteraan rakyat.

Kalau ada berita harga barang atau perkhidmatan yang berjaya diviralkan tapi harganya tidak dinaikkan. Boleh saja itu kerana pemerintah telah terkesan, menyebabkan mereka takut menarik balik subsidi atau menaikkan harga barang. Takut tidak diundi di PRU yang akan datang.

Apa punya kerajaan, rakyat bercakap hal mereka pun dilarang. Banyak lagi parti yang ingin memerintah negara ini. Pergilah!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s