Ulasan Perasmian Pergerakan Sayap 2016 – Mohamad Ezam Nor 

Ulasan Mohamad Ezam Nor yang juga ahli PPBM berhubung  ucapan TPM Zahid Hamidi di majlis pembukaan perhimpunan pergerakan sayap sayap di Perhimpunan Agung UMNO 2016.

Ulasan yang cukup tepat, bertepatan dengan kebobrokan yang dihadapi oleh UMNO yakni rasuah. Tapi tidak disentuh oleh TPM Zahid Hamidi semasa menyampaikan ucapannya. 

Dalam masa yang sama admin juga berpendapat, semangat TPM Zahid Hamidi ketika berucap macam orang yang takut dengan bayang bayang. Risau pun ada, risau kena lucut dari jawatan Timbalan Presiden. 😉

Habis dijualnya ayat ayat Al Quran. Walhal ayat itu sesuai untuk UMNO yang telah mengkhianati kepercayaan rakyat atau ahli UMNO itu sendiri.

Dibawah ini, admin paparkan kenyataan Mohamad Ezam Nor yang ada akaun Facebooknya,

PAU..medan guna agama dan bangsa tutup rasuah terbesar pemimpin.
1.Seperti dijangkakan bermula hari ini perhimpunan UMNO mencanangkn isu perpaduan,kesucian agama dan ketuanan bangsa untuk menutup cabaran terbesar bangsa melayu hari ini iaitu rasuah dan umat yg melarat susah kerananya.

2.Isu perpaduan,agama dan bangsa penting tetapi bukan isu dan cabaran zaman ini.ianya cabaran masa lalu khususnya cabaran disaat awal pembinaan negara dan telah pun dihadapi dengan jayanya oleh pemimpin bangsa dan negara terdahulu.

3.Cabaran zaman ini adalah cabaran mengurus negara yang sudah stabil dan makmur.kestabilan dan kemakmuran ini melahirkan negara yg hasilnya jauh lebih besar berbanding awal penubuhannya dan melahirkan pemimpin2 yg rasuah dan cenderung gaya hidup mewah dan membazir.

4.Ibn Khaldun dalam Muqaddimah menggariskan dengan jelas evolusi negara seperti ini malah lebih otoritas sabda Rasulullah SAW sendiri yang menyatakan cabaran umatnya adalah cabaran harta.

5.UMNO hari ini jelas lari dari menghadapi cabaran zaman ini dan menggunakan isu perpaduan agama dan bangsa sebagai isu menutup dan mengalihkan isu rasuah.

6.Sepatutnya PAU kali ini menjadikan rasuah sbg isu utamanya bukan shj kerana inilah cabaran zaman tetapi kerana parti itu telah melahirkan pemimpin melayu islam yang melakukan jenayah rasuah terbesar dalam sejarah mana2 pemimpin parti dan negara didalam dunia hari ini.mereka juga menampilkan kisah kemewahan gaya hidup yg luarbiasa yg menjadi tontonan dan ejekan dunia yang sekaligus memalukan islam dan bangsa melayu itu sendiri.

7.Hisbah sekali lagi mengingatkan org Melayu dan islam dinegara ini cabaran terbesar bangsa hari ini adalah pemimpin yang rasuah,tidak amanah,hidup bermewah.Elemen asas menurut ibn khaldun yg akan meruntuhkan tamadun.

UMNO sudah rosak! 

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: