TPM Zahid Hamidi Menggesa Supaya Jawatan Timbalan Presiden Dimuktamadkan, kenapa?
Banyak perkara yang kita boleh polemikkan. Antaranya kenyataan terbaru dari TPM Zahid yang mengesa agar jawatan memangku Timbalan Presiden UMNO dapat dimuktamadkan.
Ini kerana pada pendapat admin, jawatan sementara Timbalan Presiden UMNO akan terus dipangku oleh TPM Zahid Hamidi sehinggalah nasib UMNO ditentukan pada PRU yang akan datang. Dan kalau UMNO mendapat kemenangan, jawatan Timbalan Presiden UMNO itu akan ditarik balik dan diserahkan pada Hissamuddin Hussin.
Dan polemik diatas, sudah tentu dirasakan oleh TPM Zahid Hamidi. Kerana itu terpaksa beliau bercakap secara terbuka. Walaupun perkara yang dibangkitkan melibatkan dalaman UMNO yang sepatutnya diluahkan semasa mesyuarat MT.
Rentetan itu Setiausaha Agung UMNO terpaksa tampil bagi menenangkan keadaan terutamanya di kalangan penyokong masing masing, sama ada PM Najib Razak/Hissamuddin atau penyokong TPM Zahid Hamidi. (seperti kenyataan media diatas)
Silap percaturan TPM Zahid Hamidi, boleh gigit jari oh. Ini politik UMNO bukan boleh percaya sangat. Lihat saja nasib Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal, selepas berlaku sedikit perselisihan.
Ertinya penyokong TPM Zahid Hamidi harus mencari jalan sebelum PRU14. Apa kah jawatan TPM hanya bersifat sementara atau apa dia.
Apa lagi pada pemilihan UMNO yang akan datang, Ketua Pemuda Malaysia, KJ tidak lagi mempertahankan jawatannya walaupun masih layak. Dan sudah tentu KJ akan ikut bertanding bagi merebut jawatan salah satu Naib Presiden UMNO Malaysia.
Pada masa yang sama takkan pula Hissamuddin mempertahankan jawatan Naib Presidennya dan tidak bertanding bagi merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO yang tidak boleh memangku jawatan Presiden UMNO Malaysia aka Perdana Menteri Malaysia. Tak kan juga Hissamuddin rela melihat Zahid terus kekal sebagai TPM sekaligus sebagai Perdana Menteri Malaysia.
#politikbolos
Tinggalkan Jawapan