Terbaca satu artikel berhubung SOP Esscom rentetan kejadian culik yang kerap berlaku di perairan Semporna dan Lahad Datu.
Dikatakan SOP Esscom itu akan menjadi panduan pada semua agensi yang terlibat ketika menjalankan tugas.
Pegawai Daerah Semporna Dr Chacho Bullah berkata semakan dan perbincangan semula draf itu penting dalam usaha menghasilkan satu SOP yang terselaras dan menyeluruh.
“Draf SOP ini mengandungi semua gerak kerja, peraturan dan undang-undang agensi yang berkaitan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pengurusan dan Pemantauan Kawasan Larangan untuk 11 pulau dan dua terumbu di sini, kelmarin.
Sumber.
Admin puji langkah ke hadapan diatas dan sememangnya bertepatan setelah berjaya mengenal pasti kelemahan yang selama ini menyumbang kepada berlakunya insiden penculikan.
Sebelum ini kita sedia maklum yang PM Najib Razak ada mendedahkan satu faktor yang menyebabkan berlakunya jenayah penculikan diperairan Semporna iaitu ada tali barut dikalangan anggota keselamatan yang membocorkan maklumat pergerakan kapal peronda Marine atau APMM kepada pihak musuh atau pihak yang berkepentingan.
Kita tengok sejauh mana SOP ini dipatuhi mampu membenteras kegiatan culik sekaligus menyediakan keamanan. Jangan malah mengundang kemarahan pihak yang tidak berdosa kerana berlakunya penganiayaan menyebabkan keadaan semakin teruk.
Pada admin kan, SOP yang wajib dipatuhi itu satu hal tapi ada dua hal yang paling penting dan perlu diambil perhatian iaitu,
- Jangan ada atau elakkan penyalahgunaan kuasa dikalangan anggota keselamatan keatas kumpulan sasar hingga berlaku penganiayaan. Kerna jangan lupa orang yang dalam kelaparan sanggup berbuat apa saja, termasuklah membunuh, merompak dan menculik yang menjadi pokok persoalan.
- Jangan juga penguatkuasaan yang dijalankan secara drastik nanti hanya meninggalkan kesan yang negatif pada komuniti setempat. Dimana tidak ada pemantauan berterusan selepas operasi yang dijalankan terutamanya bila melibatkan kawasan perkampungan. Nanti tidak semena mena timbul pula masalah baru sedang persoalan pokok masih belum menemui jalan penyelesaian.
Kesimpulannya apa pun tindakan yang diambil. Fikirkan dulu kesan jangka panjang dan pendek pada masyarakat sama ada dari konteks sosial atau ekonomi dan yang paling penting biarlah penguatkuasaan bersifat konsisten dan bertanggungjawab agar tidak berlaku penganiayaan..