Jawapan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor terhadap soalan yang dikemukakan oleh Adun Darau dari parti Warisan.
Soalan berkaitan status tanah selepas beberapa penduduk di Kampung Nelayan Likas terlibat dalam perobohan oleh pemilik tanah.

SOALAN 1 YB. Tuan Azhar bin Datuk Haji Matussin [Darau] bertanya kepada KETUA MENTERI, bilakah tanah seluas satu ekar yang telah diambil maklum oleh YAB Ketua Menteri secara lisan semasa Sidang Dewan bertarikh 20hb November 2024 boleh diberikan kepada 6 keluarga dari Kampung Nelayan 1 Likas yang terlibat dengan perobohan rumah mereka oleh pihak Rimdaya Sdn. Bhd. bagi membolehkan penduduk terlibat membina rumah mereka.
JAWAPAN: Tuan Speaker, Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Darau serta Dewan yang mulia ini, pengambilan tanah CL.015669799 seluas dua (2) ekar untuk tujuan penempatan Kampung adalah di bawah hak milik MLGH (Sabah) Sdn. Bhd. dan bukannya Rimdaya Sdn. Bhd. Perisytiharan pengambilan tanah di bawah seksyen 3, Ordinan Pengambilan Tanah Bab 69 telah disiarkan dalam Warta Kerajaan di bawah Gazette Number G.N.210/2025 bertarikh 5 Jun 2025 dan diulangi pada 12 Jun 2025.
Surat kebenaran masuk kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bagi mengambil alih tapak untuk tujuan penempatan dan surat tawaran pampasan tanah kepada MLGH (Sabah) Sdn. Bhd. telah dikemukakan pada 30 Jun 2025. Ini bererti, enam keluarga boleh ditempatkan di sebahagian kawasan tersebut yang berkeluasan 2 ekar untuk tujuan penempatan. DBKK akan menyediakan pelan tata atur dalam kawasan tersebut untuk penempatan keluarga yang terlibat.





















Leave a Reply