
Macam gila sudah si Aziz Jamman tau. Jahil orangnya tapi tiba tiba menjadi ustaz dan berani membandingkan kesucian Nabi Musa dengan kepimpinan Warisan dan UMNO.
Memang sakit tu jadi pembangkang yang tidak ikhlas, apa lagi pernah memegang jawatan Timbalan Menteri KDN yang agak berpengaruh dikalangan orang baik mahupun dikalangan orang jahat.
Si Aziz Jamman dalam ucapan politiknya berkata, pilihan di tangan kita, pilih Musa, Firaun. Kalau pilih firaun pilihlah GRS. Kalau pilih perjuangan Nabi Musa pilih pemimpin yang benar benar membawa suara rakyat, membela nasib rakyat dan memperjuangkan nasib rakyat. Itulah konok parti yang wajar diberikan peluang dan kepercayaan.
Sembanglah kau Aziz oi!. Anak sendiri pun minta bantuan kerajaan GRS untuk melanjutkan persekolahan tinggi, sampai berjuta ringgit. Tapi tetap juga kau memusuhi kerajaan GRS, persis manusia yang tidak reti diuntung. Berjuta wang rakyat Sabah tu Aziz oi!
Banding badut Warisan apa yang mereka dapat dari kerajaan Warisan atau semasa Shafie menjadi Ketua Menteri tebuk atap? janji pada orang kampung pun gagal ditunaikan, inikan janji mengubah Sabah. Apa yang Warisan telah ubah?
Termasuklah janji pilihan raya pada mangsa kebakaran rumah di Sandakan dan orang kampung di Semporna. Terbaru jambatan roboh di Semporna sehingga hari ini belum diganti atau dibaiki. Kalau pun penyokong Warisan bodoh dan buta kayu tapi janganlah ambil kesempatan, ingat juga hari pembalasan.
Jelas wakil wakil rakyat Warisan makan gaji buta. Jangan makan sendiri bha gaji bulanan tu, sama dengan peruntukan Dun dan Parlimen. Gunakan separuh untuk menyelesaikan kesulitan yang dihadapi kelompok yang pernah mengundi kamu. Usai itu biarkan mereka memilih GRS.
Gila Si Aziz menyamakan Nabi Musa dengan kepimpinan pembangkang di Sabah.
Nabi Musa sudah tentu berintegriti dan boleh berinteraksi dengan Allah secara langsung.
Kepimpinan Warisan dan UMNO Sabah sangat amanah dan pernah berbicara dengan Tuhan ke? mustahil, dibicarakan di Mahkamah kerana mencuri, ya ada lah tidak boleh dinafikan. Tapi si Aziz mengesyorkan supaya mereka di undi. Ajaran sesat si Aziz Jamman.
Nabi Musa membawa 10 syariat pada kaumnya yang degil, kaum israel. Penyokong Warisan dan UMNO juga degil kan?
Antara syariat itu ialah 1. Jangan ambil hak orang atau makan rasuah 2. Jangan membohong.
Habis itu Shafie Apdal dan Bung Mokhtar tidak disiasat oleh SPRM dan di dakwa di Mahkamah ke, kerana penyalahgunaan kuasa yang berulang ulang dan keterlaluan.
Bukan kepimpinan Warisan dan UMNO berkali kali kantoi membohong ke? seperti contoh mana manifesto Warisan dalam pilihan raya yang menuntut hak hak Sabah, ada yang menjadi kenyataan ke? takut. Begitu juga manifesto UMNO, akan merealisasikan perjanjian Malaysia 1963 jika berkuasa, mana?. Timbalan presiden UMNO mencadangkan supaya perjanjian Malaysia 1963 diubah suai, ya adalah tidak dinafikan.
Dakwaan badut Warisan dan UMNO jangan tanyalah, sehingga saat ini hampir tiada satupun dakwaan dan kenyataan mereka yang terbukti benar.
Sebaliknya kepimpinan GRS tidak banyak cakap tapi benar ikhlas memajukan negeri dan rakyat Sabah.
Walaupun tidak menunggangi perjanjian Malaysia 1963 dalam pilihan raya. Tapi bila diberikan mandat. Menuntut hak hak Sabah menjadi keutamaan, Selain sudah tentu memajukan negeri dan rakyat Sabah. Ambil contoh paling kecil, pemberian geran tanah.
KM Hajiji Serah Geran Tanah Anak Negeri Kepada Penduduk Tongod
Hajiji Serah 344 Geran Tanah Kepada Penduduk Dari 34 Kampung






















Leave a Reply