Perdana Menteri Anwar semasa berucap di Majlis Penutupan Pesta Kaamatan 2024 di Penampang. Menghentam Shafie Apdal kaw kaw yang beliau gambarkan seperti orang yang terikat kaki dan tangan.
Itulah masih tidak bersyukur dan tetap bernafsu besar walau sudah dalam kerajaan Perseketuan. Apa lagi Shafie sendiri yang mendabik dada sebagai orang pertama menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Walau dia jugalah orangnya yang menolak nama Anwar Ibrahim sebagai calon pengganti Dr M era kerajaan PH.
Ironinya sewaktu menjadi kerajaan negeri takut pula menuntut MA63. Hari ini bila jadi pembangkang sibuk balik bercakap fasal perjanjian Malaysia 1963, sampaikan SLS di klaim sebagai pihak Warisan. Entah apa apa saja.
Walhal bukan Shafie tidak tahu, Dr M sendiri yang mengatanya, Shafie sewaktu menjadi Ketua Menteri tidak melakukan apa apa untuk Sabah.
Berbeza dengan Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor terus berunding hingga Perdana Menteri Anwar membuat bayaran secara interim yang akan dinaikkan dari setahun ke setahun sehinggalah jumlahnya menyamai 40%.
Makanya setiap kali pembangkang mempolitikan 40%. Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor terus bangkit dan menegaskan bahawa Sabah akan terus menuntut hasil bersih 40% dari Perseketuan.
Berbalik pada ucapan Perdana Menteri Anwar Ibrahim seperti video dibawah.
Sebelum penyokong aka badut Warisan mendengarnya. Kalau rasa rasa tidak mampu mengawal emosi, sumbat dulu telinga tu dengan kapas.






















Leave a Reply