PM Anwar Perlu Batalkan Penubuhan JKDM Sabah 

Betullah ni Perdana Menteri Anwar Ibrahim perlu batalkan JKDM yang sengaja diwujudkan di Sabah oleh Presiden UMNO, Zahid Hamidi dan Ketua UMNO Sabah Si Bung Mokhtar yang turut  disokong oleh si Presiden Warisan, Shafie Apdal.

Jangan bagi kekuatan pada mereka, jika berharap Sabah terus menyokong kerajaan Madani. 

Tiga parti itu bukan boleh diharap sangat pun. Paling kuat pusing sini sana. Tengok apa berlaku pada UMNO yang berzaman menyamakan DAP dengan komunis, hari ini macam satu kepala tapi sebenarnya tidak. Tengok kenyataan pemimpin UMNO atau Ketua Pemuda UMNO Malaysia terhadap pemimpin pemimpin DAP.

Samalah dengan Warisan, mula dulu bekerjasama dengan DAP tapi tidak lama, Shafie dalam diam mencuri wakil rakyat DAP. Hari ini DAP dan Warisan bermusuh ketat. 

Warisan dikawasan bandar atau separa bandar tidak akan menang selagi tidak bekerjasama dengan PH. Terbukti sudah Si Aziz Jamman dan Darell Leiking tumbang sebab tidak sudah diundi oleh penyokong PH.

UMNO jangan ceritalah beberapa  calon UMNO kalah kepada calon Bebas pada PRN Negeri 2020.


Siaran Media

23 Mei 2024.

PM perlu batalkan penubuhan JKDM di Sabah

  1. Penubuhan sebuah lagi jentera pentadbiran kampung Jawatankuasa Komuniti Desa Madani (JKDM ) bercanggah dengan Ordinan Pentadbiran Luar Bandar Cap 132.
  2. Penubuhan secara unilateral oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Malaysia (KKDW) jelas membelakangi undang-undang negeri.
  3. Saya amat menyokong gesaan pemimpin negeri ini termasuk YB.Datuk Joniston Bangkuai, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri (KPKAS) yang juga Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang meminta agar YAB.Dato Sri Fadillah Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri II yang juga menteri yang bertanggungjawab Hal Ehwal Sabah dan Sarawak supaya menilai semula kewajaran penubuhan JKDM yang dilihat akan menimbulkan kekeliruan dan perpecahan rakyat di peringkat kampung.
  4. Pemimpin lain seperti YB.Datuk Seri Panglima Dr. Jeffry Kitingan, Timbalan Ketua Menteri I merangkap menteri Pertanian dan Perikanan dan juga YB.Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia (KUSKOP) juga telah menyuarakan bantahan mereka ke atas penubuhan JKDM kerana kesan ketara penubuhan sebuah lagi jentera pentadbiran kerajaan pusat di peringkat kampung seolah-olah tidak menghormati perlembagaan negeri Sabah dan dilihat sebagai menyaingi jentera pentadbiran JKKK yang sedia ada.
  5. Dan persoalan yang harus dijelaskan oleh KKDW ,adakah ketetapan ini merupakan polisi nasional?
  6. Jika ya kenapa tidak dilaksanakan di negeri-negeri lain? Yang jelas penubuhan JKDM ketika ini tertumpu di Sabah sahaja.
  7. Penubuhan JKDM ini jelas memberi gambaran negatif bahawa Kerajaan Pusat sendiri tidak mengotakan prinsip perpaduan yang ingin dicapai melalui konsep Kerajaan Madani.
  8. Diharapkan kerajaan negeri akan menghantar bantahan rasmi kepada YAB.Perdana Menteri Malaysia untuk membatalkan pelaksanaan penubuhan JKDM.

DATUK FREDIAN GAN
Ahli Majlis Tertinggi (AMT)
Parti Bersatu Sabah (PBS)

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑