
Sudah beberapa kali kita ingatkan bahawa rata rata pemimpin Warisan tidak ada kredibiliti, sebab itu perlu mereka tinggalkan parti Warisan sebelum benar terlambat dan menjadi mangsa keadaan.
Apa lagi hari ini berdiri sebagai pembangkang yang tidak kalah teruk, sedangkan kerajaan Warisan yang membubarkan DUN, mereka sendiri yang tumbang.
Kerja parti Warisan di Sabah sepatutnya mengimbangi pemerintahan GRS dan menjayakan slogan Sabah Maju Jaya. Tapi yang dilakukan kepimpinan Warisan adalah sengaja mencipta naratif jahat supaya kerajaan GRS dianggap jahat oleh masyarakat Sabah.
Tapi bila diminta menunjukkan satu bukti kejayaan kerajaan Warisan. Kejayaan yang lebih besar dan bermakna dari apa yang dilakukan oleh kerajaan GRS. Haram tidak ada, tiba tiba keluar cerita membina kilang membungkus minyak kelapa sawit yang tidak pernah mencatat keuntungan sehingga hari ini. Sedangkan kilang itu tidak pernah dicanang oleh badut Warisan sebagai kejayaan terbesar mereka.
Pemimpin Warisan cakap tidak serupa bikin. Ditambah sikap pengikut mereka yang tidak adil pada diri mereka menyebabkan pemimpin naif berkenaan terus berani bercakap terbalik walaupun sebelum itu jelas nyata diucapkannya.
Begitu teruknya kredibiliti mereka sampaikan hanya untuk merendahkan kesalahan orang lain, sangat tidak layak.
Sudah beberapa kali dakwaan page Mawar Chanel berjaya disanggah. Namun tidak membuat mereka merasa malu dan bersalah. Malah badut badut Warisan terus bersikap bodoh dan menyebarkan berita bohong yang ditujukan pada kerajaan GRS.
Tidak apalah itu sudah menjadi kerja mereka, tapi bagaimana dengan masyarakat biasa tak kan sanggup bodoh macam badut Warisan.
Semalam page pro Warisan Mawar Chanel sekali lagi memfitnah kerajaan GRS, kononnya kerajaan GRS hanya meluluskan permohonan biasiswa dari kalangan anak anak pemimpin dan penyokong kerajaan GRS. Sedangkan kononnya ramai masyarakat diluar sana yang tidak dapat. (LEBIH RM1 JUTA DANA PENDIDIKAN YAYASAN SABAH TELAH DISALURKAN KEPADA KAUM KERABAT PEMIMPIN GRS) ini tajuk yang diberikan oleh Mawar badut
Mana mungkin semua permohonan dapat diluluskan, biasiswa juga ada peruntukan yang telah ditentukan jumlahnya.
Ramai lagi anak anak penyokong GRS diluar sana yang tidak memohon biasiswa kerajaan negeri. Saya sendiri ada dua orang anak menuntut di Universiti tempatan tapi tidak pernah memohon biasiswa kerajaan Sabah. Tidak tahu pula selepas ini kan!
Saya pernah terserempak dengan bekas UPPM Adun Tungku era kerajaan Warisan. Saya tanya buat apa di KK. Dia balas urus biasiswa anaknya di Yayasan Sabah.
Terbeliak badut badut Warisan bila mendapat tahu pemimpin Sabah Ubah, anak anak si Aziz Jamman mendapat bantuan biasiswa kerajaan negeri atau ketua menteri Sabah. Setelah si Aziz Jamman menundukkan ego dan malunya di belakang badut badut Warisan yang syok Sabahan. Puiii! Sabahan tolol tidak sedar diri bakal merempat di bumi sendiri.


Si Aziz Jamman mendapat RM1,118,802.00 Juta biasiswa kerajaan negeri, masing Azmeera RM518,582.00 Azrahein RM600,220.00.
Dalam masa yang sama badut dan penyokong Warisan separuh mati mempercayai dakwaan Mawar Chanel kononnya biasiswa kerajaan negeri hanya diberikan pada anak anak pemimpin dan penyokong GRS. Sekarang apa kamu rasa, tidak merasa bodoh? hanya menjadi alat kepada kepimpinan Warisan yang hipokrit dan terlalu tidak ikhlas.
Sudah saya katakan Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor adalah Ketua Menteri untuk rakyat Sabah tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Tidak seperti Shafie Apdal, mengamalkan politik sempit, sebab itu bila jadi kerajaan birokrasinya hanya menguntungkan kerabat dan kroni Warisan sebaliknya menambah kesusahan rakyat biasa.





















