Aktiviti Politik Datuk Hajiji Noor

Majlis perjumpaan dan amanat YB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Hj Noor , Ketua Pimpinan BERSATU Sabah / Ketua Bahagian BERSATU Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah N10 SULAMAN kepada Cawangan-Cawangan BERSATU Bahagian Tuaran sebelum mesyuarat peringkat setiap cawangan yang dijadualkan akan diadakan serentak di seluruh Bahagian BERSATU Tuaran. Turut hadir En Abd Kassim Haji Razali ( Timbalan Ketua BERSATU Bahagian Tuaran), En Johari Saiman ( Naib Ketua Bahagian BERSATU Tuaran, Puan Jamaliah Antalip ( Ketua Srikandi BERSATU Bahagian Tuaran ), En Mohammad Ghazali DSP Haji Hajiji ( Ketua Armada BERSATU Bahagian Tuaran merangkap BENDAHARI ARMADA BERSATU Sabah), En Afizal Aldin ( Setiausaha Bahagian BERSATU Tuaran), Ahli Jawatankuasa Bahagian BERSATU Bahagian Tuaran serta ketua – ketua cawangan BERSATU Tuaran.

Kredit Azman Madris