Aktiviti Politik Datuk Hajiji Noor

Mesyuarat Agung Ahli Jawatankuasa Masjid Haji Noor, Kg. Serusup Tuaran 2017-2019 & Pemilihan Ahli Jawatankuasa Baru 2020-2023 telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor Ketua Pimpinan BERSATU Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah N10 SULAMAN di Dewan Terbuka Masjid Haji Noor, Kg Serusup Tuaran. Turut hadir Tuan Haji Ustaz Norjeli Haji Dais, Pengerusi Ahli Jawatankuasa Majlis Haji Noor 2017 – 2019 / Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bersama ahli jawatankuasa Masjid Haji Noor.