Shafie Tuntut Jawapan, Tetapi Perlu Lebih Bertanggungjawab Mesti Bersandar Bukti – Menara Tumbang

Gangguan elektrik di pantai timur Sabah memang menuntut penjelasan. Mengapa menara penghantaran di Sungai Liwagu tumbang dan apakah tindakan untuk mengelakkan kejadian berulang.

Tapi jujur aku katakan tapi yang menuntutnya semestinya bukan dari golongan yang gagal sebelum ini, baik sebagai Menteri di peringkat negeri mahupun diperingkat persekutuan, jika tidak maka pemimpin yang ada skandal bilion bilion babitkan wang rakyat pun boleh berlagak budiman dan sangat prihatin.

Tuntutan Shafie pasal menara tumbang, apa yang bermanfaat disana? kalau setakat mengemukakan persoalan belum membuktikan krisis ini berpunca daripada kerajaan GRS khususnya. Tapi penyokongnya diluar sana, macam orang hilang menyalahkan kerajaan negeri. Kerja orang bodoh!

Shafie sendiri mengakui hakisan dikesan pada Januari dan kerja pengukuhan dilaksanakan pada Mac. Ertinya, tindakan perlindungan telah diambil. Persoalan sebenar ialah sama ada langkah tersebut mencukupi, bagaimana pemantauan dilakukan dan mengapa benteng berkenaan akhirnya gagal menahan arus deras. Kesimpulan mengenai kecuaian memerlukan siasatan teknikal dan ia bawah tanggungjawab SESB bukan kerajaan negeri Sabah. Sangat tidak logik ada pula dikalangan penyokong Warisan yang mengada ngada dan berusaha menyalahkan kerajaan negeri, apa lagi menyalahkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor.

Begitu juga apabila membangkitkan keberkesanan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri atau BESS di Lahad Datu. Kemudahan itu mempunyai kapasiti kuasa 100MW dan simpanan tenaga 400MWh. Secara nominal, bateri penuh boleh membekalkan 100MW selama kira-kira empat jam, tertakluk kepada keadaan dan had operasi.

Sedangkan insiden ini menyebabkan kehilangan penghantaran 295MW dari pantai barat. BESS mempunyai peranan membantu kestabilan grid, tetapi kapasitinya tidak mencukupi untuk menggantikan keseluruhan bekalan tersebut secara berterusan selama beberapa hari.

Boleh saja Shafie meminta rekod operasi BESS sepanjang krisis. Namun, gangguan yang masih berlaku belum membuktikan kemudahan itu gagal atau tidak memberikan kesan. Senang jak si Shafie berlakon menutup usaha kerajaan dengan menuntut rekod BESS. Lepas itu apa? Salahkan kerajaan negeri?

Jangan kamu termakan lagak Shafie, semasa kerajaan Warisan gangguan letrik kerap berlaku tapi pembangkang ketika itu bersikap matang tidak mempolitikkannya. Walaupun mereka sedar, kerajaan Warisan sikitpun tidak melakukan penambahbaikan.

Lepas itu kamu tengok bha kampung kampung di Semporna yang dia wakili, semakin hari semakin naif. Tiada usaha dari pejabatnya agar meter letrik di pasang di Kampung yang wajar, yang dia suarakan isu yang memang tanggungjawab SESB dan dalam pengetahuan dan kawalan yang sikit hari lagi akan selesai.

Dakwaan mengenai enam tahun pentadbiran GRS juga memerlukan konteks. Kerajaan negeri boleh dinilai berdasarkan tindakan dan dasarnya sejak 2020, tetapi penyerahan kuasa kawal selia pembekalan elektrik kepada Sabah hanya berkuat kuasa pada 3 Januari 2024. Pembahagian tanggungjawab antara kerajaan negeri, Persekutuan, pengawal selia dan operator perlu dijelaskan dengan tepat.

Mengenai Southern Link pula ia projek yang sangat bermanfaat bagi menyediakan bekalan letrik ke pantai timur Sabah. Namun projek ini yang belum siap tetap perlu dipantau, justeru kewujudan perancangan serta pelaksanaannya juga mesti diambil kira sebelum membuat kesimpulan bahawa tiada usaha menyediakan laluan alternatif. Kamu faham ni wahai pemimpin dan jentera Warisan.

Sembang kencang kamu, hakikatnya di Sabah kamu sendiri termasuk Shafie sikitpun tidak menyumbang kepada kestabilan dan kemajuan negeri Sabah. Idea kamu orang pun masih boleh dipertikaikan malah dianggap idea kebanyakan. Contoh, kerajaan Warisan cuba mengambil SESB dari TNB tapi kerana Shafie gagal menyakinkan kerajaan persekutuan atau TNB, kerajaan Warisan gagal. Hari ini sibuk mencari kesalahan kerajaan negeri yang dijalankan oleh SESB.

Tempoh pemulihan penuh grid juga perlu dibezakan daripada tempoh gangguan setiap pengguna. Bekalan terhad dan catuan bergilir bermaksud keadaan berbeza mengikut kawasan. Sasaran pemulihan enam hari tidak dengan sendirinya bermaksud semua pengguna bergelap tanpa henti sepanjang tempoh tersebut. Banyak lagi daerah yang ada bekalan letrik termasuk di Semporna beberapa jam selepas menara letrik tumbang. Menunjukkanl sebenarnya SESB ada langkah alternative jika berlaku kerosakan seperti ini.

Pada Shafie perlu lebih bertanggungjawab membezakan persoalan yang wajar disiasat dan kesalahan yang sudah diselesaikan, apa lagi perkara itu diluar kawalan manusia. Jangan dia asyik memperbodoh penyokong Warisan itu sendiri. Pui!

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑