
Dalam kenyataan media pada 7 November 2026, Naib Presiden Warisan Azis Jamman kononnya menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mengambil tindakan tanpa pilih bulu terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam isu dua projek saluran paip.
Keluarga mereka sendiri pernah terpalit dengan skandal rasuah KKLW sehingga terpaksa memakai baju berwarna oren. Namun, Aziz tetap selamba seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku, malah mencabar Perdana Menteri supaya bertindak terhadap pihak lain. Cuba berlagak, tetapi tidak kena pada tempatnya! Itu belum lagi menyentuh soal kartel dadah yang didakwa membiayai pemimpin Warisan yang sedang memerintah Sabah.
Dia membangkitkan pembayaran RM8.3 bilion, bersamaan 88% daripada nilai kontrak, sedangkan kemajuan kerja yang dilaporkan hanya 13%. Azis turut mempersoalkan status siasatan berkaitan lesen mineral dan Pan Borneo Sabah, serta meminta kerajaan menjelaskan apa penyelesaian untuk Sabah selepas RM5 bilion pembiayaan disalurkan semula kepada skim bekalan air di Perak dan Pulau Pinang.
“Jangan sekadar sebut ‘sakau’, buktikan dengan tindakan tanpa pilih bulu!” Itu tajuk kenyataan media Naib Presiden Warisan Azis Jamman pada 7 November 2026
Betul, sebut “sakau” saja tak cukup. Tapi kalau Azis Jamman mahu menuntut tindakan, rekod tindakan pun kena disebut. Pada 2019, syarikat pelaksana SSER sudah didenda RM18 juta kerana melanggar syarat Bank Negara. Pada 3 November lalu, Anwar memberitahu Dewan Rakyat bahawa siasatan masih terbuka. Soalan yang patut ditekan ialah siapa yang meluluskan syarat kontrak sehingga 88% boleh dibayar ketika kemajuan kerja yang dilaporkan baru 13%, dan apa hasil siasatan terhadap individu terbabit?
Bab lesen mineral Sabah pula, dua bekas ADUN memang didakwa. Albert Tei turut didakwa, begitu juga bekas setiausaha politik kanan Anwar, Shamsul Iskandar, dalam prosiding berasingan berkaitan lesen mineral Sabah. Mereka mengaku tidak bersalah. Kalau Azis mahu berhujah kerajaan pilih bulu, tunjukkan kes mana yang mempunyai bukti setara tetapi dilayan berbeza.
Bab RM5 bilion itu melibatkan pembiayaan asal bagi dua projek saluran paip, masing-masing di Sabah dan Semenanjung. Anwar turut menyebut projek bateri Lahad Datu, Southern Link dan hidroelektrik Ulu Padas. Ketiga-tiga projek itu sedang dilaksanakan dan, apabila siap sepenuhnya, akan. Menyimpan tenaga untuk menyokong bekalan elektrik, menyalurkan bekalan elektrik hingga ke pantai timur dan menjana elektrik, dengan pembiayaan pemaju menurut Anwar.
Pan Borneo Sabah. PAC mengumumkan siasatan terhadap Fasa 1 pada 19 Oktober selepas Laporan Ketua Audit Negara Siri 2/2026 membangkitkan kelemahan pelaksanaan. Setakat 31 Mac 2026, RM10.547 bilion atau 94.6% daripada peruntukan diterima telah dibelanjakan, sementara empat daripada 35 pakej kerja siap sepenuhnya. Empat daripada 35 ialah bilangan pakej yang siap, manakala baki pakej berada pada tahap pelaksanaan yang berbeza. PAC menyatakan bahawa dapatan akan dirujuk kepada SPRM atau polis jika ada petunjuk salah laku, rasuah atau salah guna kuasa. Dalam rekod awam yang saya semak, saya belum dapat mengesahkan sama ada SPRM telah membuka siasatan jenayah khusus susulan dapatan audit itu.
Jadi begitulah ceritanya Aziz Jamman oiii. Benar ada perbelanjaan dan benar juga ada kerja kerja membina prasarana. Berbeza dengan skandal KKLW yang kamu hadapi selama ini. Di sebut bilion bilion wang rakyat dari dari Kementerian KKLW tapi apa yang telah dikecapi oleh rakyat Sabah? Ambil dulu cermin tu!





















Leave a Reply