
Hasrat Sabah untuk meneroka pembangunan tenaga nuklear seharusnya dilihat sebagai langkah positif dan berpandangan jauh, bukannya dijadikan bahan sindiran atau diperlekehkan oleh pembangkang Warisan khususnya. Sebab mulai dari pemimpin nombor satu mereka hingga pengikut Warisan, tidak ada jasa pada negeri bangsa Sabah, malah kewujudan mereka hanya menjadi penghalang dan beban kepada kerajaan.
Dalam dunia yang semakin maju, Sabah tidak sepatutnya terus terikat dengan pemikiran bahawa teknologi tinggi hanya layak dibangunkan di negara maju atau negeri tertentu. Silap dan jangan bodoh kamu!
Perlu difahami kemudahan nuklear mempunyai pelbagai jenis dan tujuan. Ada yang digunakan untuk penyelidikan saintifik, ada yang berkaitan dengan penghasilan bahan untuk persenjataan nuklear, manakala penggunaan yang paling meluas dalam sektor tenaga ialah loji janakuasa nuklear untuk menghasilkan elektrik bagi kegunaan awam dan industri.
Tujuan cadangan pembangunan loji nuklear di Sabah ialah menjana tenaga elektrik bagi memenuhi keperluan negeri untuk jangka panjang, bukannya menghasilkan senjata nuklear. So tentang mana cadangan itu boleh dilecehkan? Indonesia sebuah negara miskin walaupun banyak sumber alam dan rata rata IQ rakyatnya rendah tapi masih bercita cita ingin membina kilang nuklear.
Jika kemampuan Indonesia dibandingkan dengan Malaysia, ibarat langit dengan bumi. Kamu cakap apa saja tentangan itu, kecuali bola sepak, pasti Indon kalah teruk. Tapi tidak pun dilecehkan oleh rakyatnya yang cari makan di Sabah, Malaysia. Sebaliknya bila membabitkan kerajaan Sabah, ada saja yang tidak kena.
Pelik aku, yang tiada ilmu dan kedudukan menentukan masa depan negeri bangsa Sabah pula yang kuat mengada ngada. Walhal jika ada projek yang direalisasikan di Sabah, golongan itu yang juga yang sanggup berjemur semata mata untuk mendapatkan peluang kerja. Mau juga hidup mereka tidak berkat. Pui!
Justeru, janganlah setiap kali mendengar perkataan nuklear, terus membayangkan bom atom atau senjata pemusnah. Loji janakuasa nuklear direka untuk menghasilkan tenaga elektrik, bukannya menghasilkan senjata.
Tenaga nuklear telah dimanfaatkan oleh banyak negara sebagai sumber penjanaan elektrik yang stabil.
Untuk makluman, Malaysia bukanlah negara yang baru mengenali teknologi nuklear. Sejak tahun 1972, negara sudah memulakan pembangunan bidang ini, malah Reaktor TRIGA PUSPATI di Bangi, Selangor, telah beroperasi sejak 28 Jun 1982. Ertinya, Malaysia sudah mempunyai pengalaman lebih empat dekad dalam pengendalian reaktor nuklear untuk penyelidikan, perubatan, pertanian dan industri. Ertinya kemahiran dan teknologi itu tinggal dipindahkan ke Sabah untuk menghasilkan tenaga letrik, tidak lagi bergantung pada arang batu yang harganya semakin mahal dan pasti akan pupus.
Dalam hal ini, kritikan daripada penyokong pembangkang, termasuk Warisan, perlu ditolak mentah mentah mereka itu lebih kepada mengada ngada dan tentangan mereka tidak ikhlas, kalau boleh aku katakan mentaliti mereka ibarat menumpang di negara orang, nothing to lose.
Sejarah pembangunan Sabah seperti Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) dan Sabah International Convention Centre (SICC) boleh dijadikan pengajaran.
Shafie Apdal pernah mengkritik projek-projek tersebut sebagai pembaziran ketika bersama UMNO, pendiriannya pada masa itu wajar dibandingkan dengan pandangan pengikutnya hari ini.
Sabah tidak akan maju sekiranya setiap gagasan besar diperlekehkan sebelum diberikan peluang untuk dikaji dan diterokai.
Sudah tiba masanya kita membina budaya politik yang menghargai idea, keberanian dan wawasan pembangunan, bukannya menjadikan setiap usaha memajukan Sabah sebagai medan pertikaian politik.
Sabah berhak maju, Sabah berhak meneroka teknologi moden, dan masa depan Sabah tidak sepatutnya dibatasi oleh pemikiran politik yang sempit.





















Leave a Reply