
Semporna dilaporkan merekodkan kadar kecurian elektrik tertinggi di Sabah, iaitu 32 peratus. Keadaan ini bukan sekadar menyebabkan kehilangan hasil kepada Sabah Electricity, tetapi turut menjejaskan kestabilan bekalan kepada pengguna yang membayar bil.
Perkara ini sudah jelas. Nah, sekarang mari kita lihat antara faktor yang mungkin menyumbang kepada masalah tersebut, kesukaran mendapatkan sambungan elektrik yang sah di penempatan tidak terancang, kekangan kewangan untuk menanggung kos pemasangan dan bil, serta pihak yang mengambil kesempatan menjual bekalan daripada sambungan haram.
Namun demikian, tidak wajar meletakkan seluruh kesalahan pada SESB Semporna. Budi bicara dalam memudahkan akses bekalan elektrik amat diperlukan. Tanpa penyelesaian yang praktikal, bukan sahaja kehidupan penduduk terjejas, malah kegiatan perniagaan dan ekonomi Semporna turut menerima kesannya.
Itu juga bererti kita tidak boleh menyalahkan orang tempatan yang terbabit. Silap silap mereka lebih waspada dari menggunakan sumber yang haram, tapi apa boleh buat.
Birokrasi PBT Semporna sebelum ini yang menyukarkan urusan mendapatkan bekalan elektrik sah menyumbang kepada pertambahan sambungan haram. Keadaan ini membuka ruang kepada pihak tertentu untuk mengambil keuntungan daripada keperluan penduduk. Tidak ingin aku nyatakan siapa saja yang terlibat sebab pihak lain yang bodoh lain pula yang seolah olah dipersalahkan.
Wakil Wakil Rakyat Semporna dan kuncu kuncu mereka dalam PBT sebelum ini yang wajib dipertanggungjawabkan kalau perlu boleh jak penyokong Warisan yang buat laporan Polis. Itupun kalau sudah berakal, kalau belum biarlah kamu disana mandiri dengan kebodohan azali sampai mati.
Sepatutnya hal menyentuh keperluan asas apa lagi membabitkan pengundinya. Shafie tampil mencadangkan jalan penyelesaian bukan susah pun memandangkan kebanyakan kakitangan kerajaan di daerah Semporna adalah penyokongnya. Tapi itulah hanya sibuk di peringkat negeri sedangkan masyarakat disana terurus dengan baik kecuali penyokong Warisan akibat kebodohan mereka juga hingga dipinggirkan.
Tidak rasa bersalah kah wakil wakil rakyat Warisan Semporna di cop makan gaji buta, tidak takut musibah akan menimpa kerana doa orang orang teraniaya walaupun naif?
Tidak ada niat aku untuk membela penyokong totok Warisan yang terus mempertahankan pemimpin tanpa soal. Pada aku, itu hanya membuang masa. Akhirnya, Shafie juga yang tersenyum dan goyang kaki, sedangkan kita pula bersusah payah memikirkan penyelesaian. Seolah-olah kita menjadi kuli kepada Shafie pemimpin yang aku anggap gagal, sementara penyokongnya terus mempertahankannya.
Aku bercakap kali ini semata mata soal kerugian yang dialami oleh kerajaan negeri, jika terus dibiarkan. Di pasangkan meter adalah jalan penyelesaian konkrit.





















Leave a Reply