Warisan Persoal Air Tawau, Mengapa Abaikan Projek Cinta Mata?

Mungkin menjadi pertanyaan pada segelintir, kenapa sejak sekian lama baru sekarang muncul. Sebab ada orang biasa geram pada individu walaupun Dupang aka low IQ tapi syok jadi Cybertrooper Warisan. Hahaha!

Infografik yang membandingkan isu air Tawau pada 2020 dengan 2026 menimbulkan persoalan remeh sebenarnya tapi itulah namanya macai Warisan yang rata rata IQ 78, memang begitu. Mereka ingat politik ini satu hiburan macam konten Tik Tok negara jiran penuh sampah sarap.

Realitinya susulan kenyataan atau saranan Adun Apas Datuk Nizam pada tahun 2020. Pentadbiran Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, telah meneruskan projek Skim Bekalan Air Tawau Fasa III, Empangan Cinta Mata yang kita sedia maklum baru pun Ketua Menteri sendiri ada membuat tinjauan.

Projek bernilai RM450.5 juta itu disasarkan siap sebelum akhir 2027. Ini merupakan projek fizikal yang sedang dilaksanakan, bukannya sekadar cadangan.

Empangan ini akan berfungsi menyediakan sumber air mentah untuk dibekalkan kepada loji rawatan sebelum disalurkan kepada pengguna di daerah Tawau.

Begitu juga pembinaan loji Rawatan Air Cinta Mata 2 yang dijadualkan siap pada 22 Julai 2028 ia juga hasil usaha Adun Apas, Datuk Nizam dan Adun GRS yang lain.

Namun masih ada juga macai Warisan yang berpura pura tidak faham lalu menimbulkan persoalan seperti infografik yang di sisipkan. Persis IQ 78, no wonderlah memang bangang. Hahaha!

Jika gian mengkritik kerajaan GRS, nilailah pelaksanaan serta hasilnya secara menyeluruh. Jangan hanya menyusun dua keratan berita yang bertujuan membohong pembaca seolah-olah sepanjang tempoh itu kerajaan GRS ada Adunnya hanya berpeluk tubuh.

Walhal sebaliknya yang berpeluk tubuh dan makan gaji buta ialah wakil wakil rakyat Warisan terutama Merotai itu. Sewaktu projek ini diberhentikan pada 2018 dia selaku pembantu Menteri hanya mendiamkan diri. Bayangkan jika projek ini terus berjalan dalam kerajaan Warisan, hari ini tiada sudah isu air di Tawau.

Sementara projek projek berkenaan disiapkan terpaksalah bekalan loji air bergantung kepada air sungai, air hujan itupun kalau tidak tercemar dan sungai tidak kering. Paling bahaya jika ada IQ 78 sengaja mencemarkan sungai macam kebakaran Hutan Kalimantan.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑