
Aku sebentar tadi mendengar sebahagian ucapan Presiden Warisan, Shafie Apdal di perhimpunan Warisan yang berlangsung di Sandakan.
Jika aku tidak tersalah dia menyebut angka RM32 bilion sebagai peruntukan untuk Sabah yang dikatakan telah dibelanjakan termasuk mengurus bekalan air di Sabah.
Lalu dia berpolemik ke mana konok telah dibelanjakan dan kenapa gangguan air masih berlaku.
Kerananya rakyat Sabah beranggapan persekutuan telah menyalurkan sehingga 32 bilion hanya untuk mengurus bekalan air di Sabah. Inilah yang dipanggil “misleading impression” memanipulasi untuk menarik kepercayaan sekaligus sokongan mereka yang naif.
GRS mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri pada 2020. Sejak itu, sebanyak RM32 bilion peruntukan persekutuan telah disalurkan untuk Sabah. Tapi tidak bererti semua RM32 bilion berkenaan untuk membaik pulih bekalan air semata mata.
Pada yang berkenaan sekalipun kamu naif jangan terpancing oleh polemik yang dicetuskan oleh Shafie itu.
Hakikatnya peruntukan yang telah digunakan untuk pembekalan air bersih di Sabah, seperti dibawah;
Semua angka dalam bentuk peruntukan bukan jumlah wang yang sudah dibelanjakan.
| Tahun | Rancangan Bekalan Air Sabah | Asas angka |
|---|---|---|
| 2020 | 48.05 | Anggaran asal 2020. mof.gov.my |
| 2021 | 99.09 | Anggaran dipinda 2021, seperti direkodkan dalam buku Belanjawan 2022. KEMENTERIAN ALAM SEKITAR DAN AIR |
| 2022 | 226.76 | Anggaran asal 2022. KEMENTERIAN ALAM SEKITAR DAN AIR |
| 2023 | 159.96 | Anggaran asal dalam Belanjawan 2023 yang dibentangkan semula. belanjawan.mof.gov.my |
| 2024 | 260.35 | Anggaran asal 2024. belanjawan.mof.gov.my |
| 2025 | 175.36 | Anggaran asal 2025. belanjawan.mof.gov.my |
| 2026 | 209.77 | Anggaran asal 2026. |
Rancangan Bekalan Air Sabah = RM1,179.34 juta. Ini jumlah peruntukan bukan perbelanjaan sebenar.
RM32 Bilion Untuk Air Sabah? Shafie Perlu Jelaskan Angkanya





















Leave a Reply