
Ini kali lah tembelang Presiden Warisan Shafie Apdal benar benar terserlah. Walaupun sebelum ini bersungguh-sungguh menafikan kalau dia atau kerajaan Warisan tidak terlibat dalam pembatalan Pan Borneo Sabah sebaliknya hanya mengemukan cadangan dan tidak memaksa. Nah kantoi jua akhirnya!
Walaupun kepimpinan Warisan mencuba untuk melepaskan diri dan menuding jari kepada kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan (PH) ketika itu. Sekaligus meletakkan kelewatan pembinaan Pan Borneo Sabah totally di bahu kerajaan GRS. Tapi kenyataan serta rekod rasmi mendedahkan fakta sebaliknya.
Pendedahan terbaharu Setiausaha Publisiti DAP Sabah, Thien Ee Hang, membongkar bahawa Shafie sendiri pernah mengakui di Dewan Rakyat bahawa beliau yang mengesyorkan pemansuhan model rakan pelaksana projek (PDP) pada tahun 2019 kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, serta Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Pengakuan tersebut telah pun direkodkan secara rasmi dalam Hansard Parlimen.
Tindakan Timbalan Presidennya, Darell Leiking, yang cuba menceritakan isu ini secara terpilih dilihat sebagai satu percubaan untuk mengalih perhatian rakyat. Hakikatnya, keputusan memansuhkan model PDP tersebut kini terbukti memberi impak negatif yang amat besar terhadap kemajuan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.
Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini mendedahkan kadar kemajuan yang amat mengecewakan — hanya 4 daripada 35 pakej projek (atau 11.4%) sahaja yang berjaya disiapkan setakat 31 Mac lalu, manakala baki 31 pakej lagi masih terkontang-kanting dalam pelaksanaan.
Apabila rakyat mula mempersoalkan punca kegagalan dan kelewatan projek infrastruktur kritikal ini, Warisan tidak sepatutnya ‘cuci tangan’ atau bersikap seolah-olah mereka langsung tidak bersemuka dengan keputusan yang telah meragut kelancaran pembangunan Sabah. Rakyat Sabah berhak mendapat penjelasan jujur, bukannya penafian bertali arus.





















Leave a Reply