Sabah Manfaatkan Kelestarian Sumber Asli Untuk Tarik Pelaburan

Beliau berkata, hutan, biodiversiti, kawasan pesisir pantai, sungai, tanah lembap dan ekosistem marin Sabah merupakan aset luar biasa yang menyokong kehidupan rakyat serta pelbagai industri, daripada pertanian dan perhutanan kepada perikanan, pelancongan dan tenaga.

“Tugas kita bukan untuk memilih antara pembangunan dan pemuliharaan, sebaliknya melaksanakan pembangunan yang produktif, berdaya tahan dan bertanggungjawab. Inilah hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0, pelan pembangunan negeri bagi tempoh 2026 hingga 2030.

“Pertanian, perindustrian dan pelancongan kekal sebagai pemacu utama ekonomi, manakala kelestarian perlu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan,” katanya pada majlis perasmian Persidangan Tindakan Lestari 2026 (SAC 4.0) di Magellan Sutera Resort di sini hari ini.

Persidangan itu dianjurkan oleh Control Union Malaysia dengan sokongan Kedutaan Kerajaan Belanda di Malaysia.

Teks ucapan Ketua Menteri disampaikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ceasar Mandela Malakun.

Hajiji berkata, agenda Ekonomi Biru Sabah mencerminkan pendekatan itu dengan menawarkan peluang dalam sektor perikanan dan akuakultur mampan, bioteknologi marin, aktiviti maritim serta pelancongan berasaskan alam semula jadi.

“Peluang ini bukan hanya terhad kepada laut. Hutan dan paya bakau kita menyimpan karbon serta melindungi biodiversiti, sungai menghubungkan masyarakat, manakala bandar dan industri menentukan sejauh mana tenaga dan sumber digunakan secara cekap.

“Apabila diurus secara bertanggungjawab, aset-aset ini mampu memperkukuh pemeliharaan alam sekitar dan daya saing ekonomi,” katanya.

Hajiji berkata, tumpuan SAC 4.0 terhadap penyahkarbonan, bangunan mampan dan komoditi utama amat relevan dengan masa depan Sabah.

“Menerusi Pelan Hala Tuju dan Pelan Induk Tenaga Sabah 2040, kita sedang berusaha memperkukuh jaminan dan akses kepada bekalan tenaga, di samping mewujudkan peluang dalam tenaga boleh baharu, teknologi baharu dan pelaburan mampan.

“Bangunan dan infrastruktur yang kita bangunkan hari ini juga perlu mampu memenuhi keperluan masyarakat secara cekap untuk beberapa dekad akan datang,” katanya.

Hajiji berkata, pasaran global kini semakin menuntut ketelusan dan pengeluaran yang bertanggungjawab, sekali gus memberi peluang kepada sektor pertanian, perhutanan, perikanan dan akuakultur Sabah bukan sekadar meningkatkan pengeluaran, tetapi juga menambah baik kualiti, memperkukuh akses pasaran serta mencipta nilai yang lebih tinggi kepada negeri.

“Saya gembira kerana SAC menterjemahkan idea-idea ini kepada tindakan. Inisiatif ‘Zero Waste to Landfill’ atau Sifar Sisa ke Tapak Pelupusan menggalakkan organisasi yang mengambil bahagian mengalihkan sekurang-kurangnya 75 peratus sisa operasi mereka daripada dihantar ke tapak pelupusan dalam tempoh 12 bulan.

“Saya menggalakkan organisasi di Sabah mengambil bahagian dan mencari kaedah untuk mengurangkan, menggunakan semula serta mendapatkan kembali bahan daripada sisa,” katanya.

Ketua Menteri turut mengalu-alukan kesinambungan inisiatif Daripada Kanak-Kanak kepada Kanak-Kanak’ yang menerima sumbangan RM50,000 daripada Control Union bagi projek kelestarian di sekolah-sekolah di Sabah.

Katanya, inisiatif itu turut menyediakan bimbingan kepada pelajar yang mengambil bahagian, sekali gus membantu golongan muda membangunkan kesedaran dan kepimpinan yang diperlukan untuk membentuk masa depan yang lebih mampan.

Bagaimanapun, Hajiji berkata, Kerajaan Negeri tidak mampu melaksanakan peralihan ini secara bersendirian kerana ia memerlukan kerjasama dan tindakan bersama daripada sektor perniagaan, institusi kewangan, masyarakat serta rakan strategik.

“Sabah mempunyai aset semula jadi yang bernilai dan kini kita perlu memanfaatkannya untuk mewujudkan kelebihan ekonomi yang berkekalan melalui inovasi, pelaburan, pembangunan kemahiran dan kerjasama strategik, sambil memastikan aset-aset ini terus dilindungi untuk generasi akan datang,” katanya.

Tamat.

Sabah manfaatkan kelestarian sumber asli untuk tarik pelaburan

KOTA KINABALU: Sabah memanfaatkan kelestarian sumber aslinya untuk menarik pelaburan, memperkukuh akses pasaran dan menjana peluang ekonomi bernilai lebih tinggi, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

“Kelestarian bukan lagi sekadar soal perlindungan alam sekitar atau pematuhan peraturan, walaupun tanggungjawab tersebut kekal penting.

“la kini semakin mempengaruhi hala tuju pelaburan, keupayaan perniagaan menembusi pasaran antarabangsa serta tahap daya saing industri kita pada tahun-tahun akan datang,” katanya pada majlis perasmian Persidangan Tindakan Lestari 2026 (SAC 4.0) di Magellan Sutera Resort di sini hari ini.

Persidangan yang julung kali diadakan di sini itu dianjurkan oleh Control Union Malaysia dengan sokongan Kedutaan Kerajaan Belanda di Malaysia.

Teks ucapan Ketua Menteri disampaikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ceasar Mandela Malakun.

Hajiji berkata, Sabah bertuah kerana memiliki kekayaan sumber asli yang luar biasa.

“Hutan, biodiversiti, sungai, kawasan pesisir pantai dan ekosistem marin merupakan antara aset terpenting negeri ini. Sumber-sumber ini menyokong banyak industri utama kita, tetapi yang lebih penting, menjadi sumber kehidupan kepada begitu ramai rakyat Sabah.

“Oleh itu, kita perlu menyedari bahawa usaha melindungi alam sekitar dan mengejar pembangunan ekonomi bukanlah dua matlamat yang bertentangan. Cabaran kita adalah untuk mencapai kedua-duanya. Kita mesti membangunkan sumber-sumber ini secara bertanggungjawab supaya ia terus menyediakan peluang dan kemakmuran kepada generasi akan datang,” katanya.

Ketua Menteri berkata, pendekatan itu selaras dengan pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 bagi tempoh 2026 hingga 2030.

“Pertanian, perindustrian dan pelancongan kekal sebagai tonggak penting ekonomi kita, manakala kelestarian perlu semakin menjadi pemangkin kepada pertumbuhan sektor-sektor ini.

“Agenda Ekonomi Biru kita juga menawarkan peluang yang besar, khususnya dalam sektor perikanan mampan, akuakultur, bioteknologi marin, aktiviti maritim dan pelancongan berasaskan alam semula jadi.

“Kita mahu industri-industri ini terus berkembang, namun kejayaan jangka panjangnya bergantung kepada sejauh mana kita mengurus sumber-sumber yang menjadi asas kepada industri berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, prinsip yang sama turut terpakai kepada hutan dan paya bakau di negeri ini yang berperanan melindungi biodiversiti, menyimpan karbon serta memperkukuh daya tahan masyarakat pesisir pantai.

“Semua ini bukan sekadar aset alam sekitar, tetapi mempunyai nilai ekonomi dan sosial yang nyata. Apabila sungai tercemar atau ekosistem marin mengalami kerosakan, kesannya turut dirasai oleh nelayan, petani, pengusaha pelancongan dan masyarakat yang bergantung kepadanya.

“Justeru, pengurusan yang bertanggungjawab bukan sahaja merupakan dasar alam sekitar yang baik, tetapi juga dasar ekonomi yang bijak,” katanya.

Hajiji berkata, satu lagi tumpuan utama ialah sektor tenaga, dengan Kerajaan Negeri menerusi Pelan Hala Tuju dan Pelan Induk Tenaga Sabah 2040 sedang berusaha memperkukuh jaminan bekalan tenaga, meningkatkan kebolehpercayaan bekalan serta membuka peluang dalam tenaga boleh baharu dan teknologi baharu.

“Kita menyedari bahawa Sabah memerlukan bekalan tenaga yang mencukupi dan mampu milik bagi menyokong pertumbuhan industri dan pelaburan. Pada masa yang sama, kita perlu meningkatkan kelestarian dan kecekapan sistem tenaga kita secara berperingkat.

“Prinsip yang sama terpakai kepada bangunan, infrastruktur dan bandar yang kita bangunkan hari ini. Keputusan yang kita buat sekarang akan mempengaruhi kecekapan penggunaan tenaga dan sumber oleh masyarakat untuk tempoh bertahun-tahun akan datang,” katanya.

Hajiji berkata, satu lagi pertimbangan penting ialah perubahan terhadap jangkaan dan keperluan pasaran antarabangsa.

“Bagi industri pertanian, perhutanan, perikanan dan akuakultur Sabah, apa yang kita hasilkan bukan lagi satu-satunya perkara yang penting, tetapi juga sejauh mana pengeluaran itu dilaksanakan secara bertanggungjawab.
“Kebolehkesanan, piawaian alam sekitar dan tadbir urus yang baik semakin menjadi faktor penting dalam menentukan akses pasaran dan daya saing.

“Kita mesti membantu industri tempatan, termasuk perniagaan kecil, membuat persediaan menghadapi perubahan ini. Penyesuaian kepada piawaian yang lebih tinggi memerlukan pelaburan, pengetahuan dan masa. Oleh itu, pendekatan kita mestilah praktikal, iaitu meningkatkan piawaian sambil memastikan perniagaan tempatan tidak ketinggalan,” katanya.

Hajiji turut menyambut baik tumpuan persidangan itu terhadap pelaksanaan tindakan praktikal seperti inisiatif Sifar Sisa ke Tapak Pelupusan yang menggalakkan organisasi mengambil bahagian mengurangkan penghantaran sekurang-kurangnya 75 peratus sisa operasi mereka ke tapak pelupusan dalam tempoh 12 bulan.

“Saya menggalakkan lebih banyak organisasi di Sabah mempertimbangkan kaedah untuk mengurangkan sisa, mendapatkan semula sumber yang boleh dimanfaatkan dan meningkatkan kecekapan dalam operasi masing-masing,” katanya.

Ketua Menteri turut mengalu-alukan kesinambungan inisiatif ‘Dari Kanak-Kanak Kepada Kanak-Kanak’ dengan komitmen sumbangan sebanyak RM40,000 tahun ini bagi projek kelestarian yang diterajui sekolah-sekolah di Sabah.

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri tidak mampu melaksanakan peralihan ke arah ekonomi yang lebih lestari secara bersendirian.

“Kita memerlukan kerjasama sektor perniagaan, institusi kewangan, pelabur, penyelidik dan masyarakat. Sabah mengalu-alukan kerjasama strategik yang dapat membawa pelaburan, teknologi dan kepakaran baharu ke negeri ini.

“Pada masa yang sama, kita mahu peluang-peluang ini mewujudkan pekerjaan yang bermakna, memperkukuh keupayaan tempatan dan memberikan manfaat nyata kepada rakyat.

“Akhirnya, kejayaan kita bukan hanya perlu diukur berdasarkan jumlah pelaburan yang berjaya ditarik, tetapi juga nilai berkekalan yang diwujudkan untuk Sabah dan rakyatnya,” katanya.

Tamat.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading