
Kenyataan Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, bahawa peruntukan Persekutuan sebanyak RM18.7 bilion kepada Sabah dalam Belanjawan 2027 bukan keseluruhannya untuk tujuan pembangunan.
Baru kamu tahu kan bagaimana peruntukan kewangan dari persekutuan kepada negeri dibelanjakan.
Menurut laporan Sayang Sabah bertarikh 18 Oktober 2026, Masidi menjelaskan bahawa sebahagian besar daripada peruntukan berkenaan digunakan untuk membiayai perbelanjaan mengurus kementerian dan jabatan Persekutuan yang beroperasi di Sabah, termasuk pembayaran gaji kepada kira-kira 120,000 penjawat awam.
Dan ternyata, perbelanjaan bagi sektor pendidikan dan kesihatan menggunakan lebih separuh daripada keseluruhan peruntukan. Hal ini juga menunjukkan bahawa kerajaan negeri sebenarnya menanggung gaji serta kos operasi bagi dua agensi berkenaan.
Penjelasan ini penting kerana angka peruntukan yang diumumkan dalam belanjawan sering dilihat oleh masyarakat sebagai jumlah wang yang disalurkan secara langsung untuk pembangunan negeri.
Terdapat perbezaan besar antara perbelanjaan Persekutuan yang dilaksanakan di Sabah dengan peruntukan khusus bagi projek pembangunan fizikal.
Dalam menilai peruntukan RM18.7 bilion tersebut Ada tiga kategori kewangan.
Pertama ialah perbelanjaan mengurus, yang merangkumi pembayaran gaji dan emolumen penjawat awam, pembelian bekalan, penyelenggaraan serta kos operasi kementerian dan jabatan Persekutuan.
Kedua ialah perbelanjaan pembangunan, iaitu dana yang digunakan untuk membina atau menaik taraf kemudahan awam seperti jalan raya, hospital, sekolah, sistem bekalan air dan infrastruktur lain yang diperlukan rakyat.
Ketiga ialah pemberian kewangan kepada kerajaan negeri, yang melibatkan pemindahan dana berdasarkan peruntukan undang-undang, formula kewangan atau keputusan dasar tertentu.
Perbezaan inilah yang perlu difahami apabila angka RM18.7 bilion dibincangkan dalam konteks pembangunan Sabah.
Kesimpulannya, RM18.7 bilion merupakan angka penting dalam hubungan kewangan Persekutuan dengan Sabah, tetapi angka itu belum menggambarkan jumlah sebenar pelaburan pembangunan yang diterima negeri ini.
Yang lucunya walaupun Datuk Masidi telah menjelaskan sedemikian rupa tapi seperti biasa macai Warisan sengaja menafikannya malah menuduh pula seolah olah kerajaan negeri membiarkannya. Bodoh!
Macai pembankgang memang bodoh. Hakikatnya sejak Sabah merdeka memang begitu peruntukan persekutuan dibelanjakan. Termasuk semasa Shafie menjadi Menteri Persekutuan dan Ketua Menteri Sabah. Tinggal lagi Shafie tidak membuat penjelasan seperti sekarang, supaya penyokong Warisan terus diulit kebodohan. Hahahah!





















Leave a Reply