Ekonomi Sabah Berkembang 5.1%: Macai, Bezakan KDNK dengan Hasil Negeri

Tetap ada macai Warisan sengaja melihat perkembangan positif  ekonomi Sabah dari sudut negatif. Seperti biasa, berharap akan ada masyarakat keliru mempercayai pembangkang.

Pelik aku, bagaimana fakta dalam bentuk angka masih cuba dinafikan oleh macai. Mereka ingat rakyat Sabah bodoh macam mereka kah? Pui!

Bertanya sejauh mana pertumbuhan itu dinikmati oleh rakyat memang wajar, tetapi itu bukan alasan untuk menafikan pertumbuhan ekonomi yang telah dicapai.

Paling penting fahamkan dahulu fakta atau maklumat baru boleh mengkritik. Justeru kalau masih tidak faham, bertanya elok elok bukan malah memfitnah.

Janganlah macai Warisan berpura-pura prihatin. Rakyat Sabah pun sedar akan perkara itu. Kamu tiada tahap untuk benar-benar mengambil berat tentang nasib orang lain.

Aku merujuk kepada kenyataan Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor, yang kononnya dipersoalkan oleh pembangkang Warisan berhubung peningkatan ketara ekonomi Sabah. Kadar KDNK meningkat sebanyak 5.1%, iaitu kadar tertinggi bagi tempoh 2020 hingga 2025.

Peningkatan 5.1% itu bersamaan dengan RM88.8 bilion, berbanding RM84.5 bilion sebelum ini.

Cantik penjelasan dan pencapaian itu, kan? Namun, ada juga macai pembangkang yang sengaja menafikannya. Tiba-tiba penyakit mereka datang mempersoal kalau benar KDNK mencecah RM88.8 bilion, kenapa masih berlaku gangguan bekalan air dan elektrik? Kenyataan bodoh, bukan?

Jadi, aku balas: kenapa penyokong pembangkang sahaja yang masih mengalami gangguan, seolah-olah masalah itu sangat teruk? Orang lain okey jak, sejak kebelakangan jarang sekali aku mendengar rungutan masyarakat. Malah ramai yang sudah berkembang berbanding era Warisan sebagai kerajaan negeri.

Rupa-rupanya, macai pembangkang tidak tahu beza hasil kutipan dan KDNK. Mereka menyangka KDNK merupakan hasil negeri yang boleh dibelanjakan seperti peruntukan tahunan.

Oiii, macai pembangkang. KDNK mengukur nilai tambah daripada kegiatan ekonomi di Sabah sepanjang tahun, termasuk perniagaan, perkhidmatan, pertanian, pembuatan dan perlombongan.

Sebab itulah, semasa pihak Warisan mendakwa KDNK kerajaan Warisan lebih baik dari kerajaan GRS, aku pelik tentang mana Shafie Apdal berbangga sedangkan dia tidak melakukan apa-apa.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading